"Ya Allah! Engkau tuhanku, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau."
“Barangsiapa yang menyebutnya pada waktu siang dengan penuh yakin
terhadapnya (ikhlas dan yakin dengan ganjarannya), maka (jika) dia mati
pada hari itu sebelum hampir tiba malam maka dia daripada kalangan ahli
syurga. Dan barangsiapa yang menyebutnya pada waktu malam dengan penuh
yakin terhadapnya (ikhlas dan yakin dengan ganjarannya), maka (jika) dia
mati sebelum tibanya subuh maka dia daripada kalangan ahli syurga”.
(Hadis Riwayat Bukhori)
No comments:
Post a Comment