Merawat Bayi Menangis

Doa Melawan Syaitan


"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yg sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap siathan dan penyakit yg tercela. Aku berlindung kpd Allah yang Esa lagi Mulia, dpd setiap musuh dan orang yg hasad, juga dpd syaithan yg derhaka. Dengan nama Allah yang Pemurah terhadap hambaNya dengan firmanNya. Sesungguhnya kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian".

Ruqyah Jibril

"Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yg sempurna, yg tidak dilampaui akan dia oleh mereka yg jahat dan melakukan maksiat, dan daripada yg turun daripada langit, dan kejahatan yg naik padanya, dan daripada kejahatan yg menyusup dalam bumi, dan yg keluar darinya,  juga daripada fitnah-fitnah malam dan siang, kecuali ketukan-ketukan malam dan siang yang datang membawa kebaikan, ya Allah yg Maha Pemurah"


Cara merawat bayi menangis (kerana gangguan):
  1. Sediakan sebotol air (digalakkan menggunakan air bacaan Yasiin)
  2. Baca ayat-ayat berikut:
    • Surah Al-Fatihah
    • Ayat Kursi (Al-Baqarah: 255)
    • Surah Al-Falaq (113: 1-5)
    • Surah An-Naas (114: 1-6)
    • Doa melawan Syaitan (seperti di atas) sebanyak 3 atau 7 kali
    • Ruqyah Jibril (seperti di atas) sebanyak 3 atau 7 kali
    • Ayat 18 Surah Al-Kahfi (18: 18) sebanyak 3 atau 7 kali
    • Ayat 25 Surah Al-Kahfi (18: 25) sebanyak 3 atau 7 kali
    • Ayat 98 Surah Maryam (19: 98) sebanyak 3 atau 7 kali
  3. Tarik nafas yang panjang, kemudian tiupkan (sehingga habis nafas) ke kepala bayi, kemudian ulang tiup ke air.
  4. Sapukan air tersebut ke muka bayi, biarkan kering dengan sendiri.
  5. Gunakan air untuk minum dan mandi.
  6. Tawakkal kepada ALLAH, insyaALLAH akan dipermudahkan dengan izin ALLAH.


No comments:

Post a Comment