Doa Cinta alQuran

AGAR AL QURAN MENJADI TEMANKU

Ya Allah,
Ku bersujud lantas air mata menitis di tanah, lalu dgn rendah hati ku memohon agar hatiku ditautkan dgn Al Quran..

Ya Allah,
Aku memerlukan pertolonganMu,
Jadikan Al Quran sebagai temanku,
Dengan Al Quran aku mengenal dan mencintaiMu,
Dengan Al Quran kuperoleh hidayahMu,
Dengan Al Quran terubat rasa rindu pada kekasihMu

Al Quran...
Hadiah terindah yg ditinggalkan rasullullah..

Darinya ada cahaya yg menantiku,
Ada mutiara yg indah tersusun rapi,
Membaca Al Quran.. hatiku menjadi tenang, seolah2 segala kepenatan dan kesusahan telah kuluahkan segala-galanya

Andai hilangnya Al Quran dihatiku maka hilangnya segala kenikmatan dan kebahagian hidup di dunia

Al Quran..
Roh kpd hati,
Yang menumbuhkan iman dihati,
Yang menyemai rasa cinta dan takut pdMu,
Yang tidak memberi pengaruh apa2 kecuali pd sesiapa yg membuka hatinya

Ya Allah,
Ampunkan dosaku dan ahli keluargaku,
atas kelalaian mengingati mutiara indah dari Al Quran,
Jadikan Al Quran sbg temanku sekeluarga,
Kerana Aku ingin mati bersama ahli keluargaku, mengadap di hadapanMu dgn Al Quran

No comments:

Post a Comment