Penyesalan Saat Sakaratulmaut

Al-kisah ada seorg sahabat Nabi bernama Sya’ban r.a.

Ia adalah seorg sahabat yg tidak menonjol di bandingkan sahabat² yg lain. Ada suatu kebiasaan unik dr beliau iaiatu setiap kali masuk msjd sebelum solat berjamaah, dia selalu beritikaf di penjuru depan msjd. Dia mengambil posisi di penjuru bukan krn  mudah bersandar atau tidur, tp krn tidak mahu mengganggu org lain dan tak mahu terganggu oleh org lain dlm beribadah.

Kebiasaan ini sudah di fahami oleh sahabat bahkan oleh Rasulullah s.a.w. Sya’ban r.a. akan berada di posisi tsb termasuk saat solat berjamaah.

Suatu pg ketika solat Subuh berjamaah akan di mulai RasululLah s.a.w. mendapati bhw Sya’ban r.a. tidak berada di tempatnya seperti biasa. Nabi pun bertanya kpd jemaah yg hadir adakah sesiapa yg melihat Sya’ban r.a.

Namun tak seorg pun jamaah yg melihat Sya’ban r.a. Solat subuh pun di tunda sejenak utk menunggu kehadiran Sya’ban r.a. Namun yg ditunggu belum juga dtg. Bimbang solat subuh kesiangan, Nabi memutuskan utk segera melaksanakan solat Subuh berjamaah.

Selesai solat Subuh, Nabi bertanya ada sesiapa yg mengetahui khabar dr Sya’ban r.a. Namun tak ada seorg pun yg menjawab. Nabi bertanya lg ada siapa yg mengetahui di mana rumah Sya’ban r.a.

Kali ini seorg sahabat mengangkat tangan dan mengatakan bhw dia mengetahui  di mana rumah Sya’ban r.a.
Nabi yg khawatir terjadi sesuatu kpd Sya’ban r.a. meminta di hantarkan ke rumahnya. Perjalanan dgn jln kaki cukup lama di tempuh oleh Nabi dan rombongan sebelum sampai ke rumah yg di maksudkan. Rombongan Nabi sampai ke sana ketika waktu afdhal utk solat Dhuha (kira² 3 jam perjalanan dr msjd Nabawi).

Sampai di depan rumah tersebut Nabi mengucapkan salam.
Dan keluarlah seorg wanita sambil membalas salam tsb.

“Benarkah ini rumah Sya’ban?” Nabi bertanya.

“Ya benar, saya isterinya,” jawab wanita tsb.

“Bolehkah kami menemui Sya’ban, yg td tidak hadir solat subuh di msjd?”

Dgn berlinangan air mata isteri Sya’ban r.a. menjawab:
“Beliau telah meninggal td pg..."

InnaliLahi wainna ilaihirojiun…

MaasyaAllah, satu²nya penyebab dia tidak solat subuh berjamaah adalah krn ajal sudah menjemputnya.

Beberapa saat kemudian isteri Sya’ban bertanya kpd Rasul

“Ya Rasulullah, ada sesuatu yg menjadi tanda tanya bg kami semua, iaitu menjelang kematiannya dia berteriak tiga kali dgn setiap teriakan di sertai satu pertanyaan.
Kami semua tidak faham apa maksudnya."

“Apa pertanyaan yg di ucapkannya?” tanya Rasul.

Setiap teriakannya dia terucap kalimat:

“Aduuuh kenapa tidak lebih jauh…”

“Aduuuh kenapa tidak yg baru...“

“Aduuuh kenapa tidak semua…”

Nabi pun melantunkan ayat yg terdapat dlm surat Qaaf (50) ayat 22 :
“Sesungguhnya kamu berada dlm keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan drpd  mu hijab (yg menutupi) mata mu, maka penglihatan mu pd hari itu amat tajam.“

Saat Sya’ban dlm keadaan sakratul maut, perjalanan hidupnya di tayangkan ulang oleh Allah. Bukan cuma itu, semua ganjaran dari perbuatannya di perlihatkan oleh Allah. Apa yg dilihat oleh Sya’ban (dan org yg sakratul maut) tidak mampu di saksikan oleh yg lain.

Dlm pandangannya yg tajam itu Sya’ban melihat suatu adegan di mana kesehariannya dia pergi pulang ke msjd utk solat berjamaah lima waktu.
Perjalanan sekitar 3 jam jln kaki sudah tentu bukanlah jarak yg dekat.
Dlm tayangan itu pula Sya’ban r.a. diperlihatkan pahala yg di perolehnya dr langkah²nya ke msjd.
Dia melihat seperti apa bentuk syurga ganjarannya.

Saat melihat itu dia berucap:
“Aduuuh kenapa tidak lebih jauh…”
Timbul penyesalan dlm diri Sya’ban, mengapa rumahnya tidak lebih jauh lg supaya pahala yg di dptkan lebih byk dan syurga yg di dptkan lebih indah.

Berikutnya Sya’ban melihat ketika ia akan berangkat solat berjamaah di musim dingin. Saat ia membuka pintu berhembuslah angin dingin yg menusuk tulang. Dia masuk kembali ke rumahnya dan mengambil satu baju lg utk dipakainya. Jd dia memakai dua helai baju.

Sya’ban sengaja memakai pakaian yg bagus (baru) di dlm dan yg jelek (butut) di luar. Fikirnya jika kena debu, sudah tentu yg kena hanyalah baju yg luar. Sampai di masjid dia boleh membuka baju luar dan solat dgn baju yg lebih baik. lm perjalanan ke masjid dia menemukan seseorg yg terbaring kedinginan dlm keadaan yg sgt lemah.

Sya’ban pun hiba, lalu segera membuka baju yg paling luar dan di pakaikan kpd org tsb dan memapahnya utk bersama² ke masjid melakukan solat berjamaah. Org itu pun terselamat dr mati kedinginan dan  sempat melakukan solat berjamaah. Sya’ban pun kemudian melihat indahnya syurga yg sebagai balasan memakaikan baju luarnya kpd org tsb.

Kemudian dia berteriak lg:
“Aduuuh kenapa tidak yg baru...“
Timbul lagi penyesalan di benak Sya’ban.
Jika dgn baju luar itu sj bisa mengantarkannya mendapat pahala yg begitu besar, sudah tentu ia akan mendapat yg lebih besar lg seandainya ia memakaikan baju yg baru.

Berikutnya Sya’ban melihat lg suatu adegan saat dia hendak sarapan dgn roti yg di makan dgn cara mencelupkan dulu ke segelas susu. Ketika baru sj hendak memulai sarapan, muncullah pengemis di depan pintu yg meminta di beri sedikit roti krn sudah lebih 3 hari perutnya tidak di isi makanan. Melihat hal tsb. Sya’ban merasa hiba. Ia kemudian membagi dua roti itu sama besar, demikian pula segelas susu itu pun di bagi dua.
Kemudian mrk makan bersama² roti itu yg sebelumnya di celupkan susu, dgn portion yg sama. Allah kemudian memperlihatkan ganjaran dr perbuatan Sya’ban r.a. dgn syurga yg indah.

Apabila melihat itu dia pun berteriak lg:
“Aduuuh kenapa tidak semua…”
Sya’ban kembali menyesal. Seandainya dia memberikan semua roti itu kpd pengemis tersebut tentulah dia akan mendapat syurga yg lebih indah.

Masyaallah, Sya’ban bukan menyesali perbuatannya, tp menyesali mengapa tidak di optimalkan perbuatannya.

Sesungguhnya semua kita nanti pd saat sakratul maut akan menyesal dgn kadar yg berbeda, bahkan ada yg meminta utk di tunda matinya krn pd saat itu barulah terlihat dgn jelas hasil dr semua perbuatannya di dunia. Mrk meminta utk di tunda sesaat krn ingin bersedekah. Namun kematian akan dtg pd waktunya, tidak dapat di majukan dan tidak dpt di undurkan.

Sya’ban r.a. telah menginspirasi kita
bagaimana seharusnya kita melihat akan janji Allah tsb.

Dia ternyata tetap menyesal sebagaimana halnya kita pun juga akan menyesal. Namun penyesalannya bukanlah krn tdk menjalankan perintah Allah s.w.t. Penyesalannya krn tidak melakukan kebaikan dgn optimal.

No comments:

Post a Comment