Gadis Cantik

MENGEJAR GADIS

يحكى أن فتى قال لأبيه أريد الزواج من فتاة رأيتها

وقد أعجبني جمالها وسحر عيونها

Alkisah. Ada seorang anak lelaki berkata kepada ayahnya : "Ayah, saya ingin menikahi seorang gadis yang pernah saya lihat, dan saya suka kecantikan dan pesona matanya".

رد عليه وهو فرح ومسرور وقال أين هذه الفتاة حتى أخطبها لك يا بني

Ayahnya dengan gembira dan bahagia berkata : "Tinggal di mana gadis itu wahai anakku?  Biar nanti ayah yg menemanimu untuk melamarnya".

فلما ذهبا ورأى الأب هذه الفتاة أعجب بها وقال لابنه

Pergilah keduanya menemui gadis tersebut. Ketika si ayah melihat gadis itu, dia pun tertarik, dan berkata kepada anaknya:

اسمع يا بني هذه الفتاة ليست من مستواك! وأنت لا تصلح لها هذه يستاهلها رجل له خبرة في الحياة وتعتمد عليه مثلي

"Dengarlah anakku . . gadis ini bukan tarafmu, kamu tidak sesuai dengannya. Gadis ini sesuai dengan lelaki yang memiliki pengalaman hidup seperti aku"

اندهش الولد من كلام أبيه وقال له: كلا بل أنا سأتزوجها يا أبي وليس أنت

Terkejutlah si anak mendengar kata-kata ayahnya, dan berkata: "Tidak! Saya yang akan menikahinya, bukan ayah!"

تخاصما وذهبا لمركز الشرطة ليحلوا لهم المشكلة

Keduanya pun bertengkar, dan memutuskan pergi ke balai polis untuk menyelesaikan masalah.

عندما قصا للضابط قصتهما قال لهم: احضروا الفتاة لكي نسألها من تريد الولد أم الأب

Keduanya menceritakan masalah mereka kepada seorang petugas polis. Lalu, polis itu berkata: "Bawakan gadis itu kesini, agar aku boleh bertanya kepadanya siapa yang akan dia ingini : si anak atau ayahnya".

ولما رآها الضابط وانبهر من حسنها وفتنتها

Ketika petugas polis melihat gadis itu, dia pun tertarik dengan sikap ramah dan pesonanya.

وقال لهم: هذه لا تصلح لكما بل تصلح لشخص مرموق في البلد مثلي

Lalu polis itu berkata: "Gadis ini tidak sesuai untuk kamu berdua, dia sesuai untuk orang terkemuka di negeri ini, iaitu aku!"

وتخاصم الثلاثة وذهبوا الى الوزير

Ketiganya pun beetengkar. Lalu mereka pergi menghadap menteri.

عندما رآها الوزير قال: هذه لا يتزوجها إلا الوزراء مثلي

Dan ketika menteri melihat gadis itu, dia berkata: "Gadis ini tidak ada yang sesuai untuk menikahinya, kecuali seorang menteri seperti aku!"

وأيضا تخاصموا عليها حتى وصلا لأمر إلى أمير البلدة

Pertengkaran terjadi lagi. Akhirnya sampailah mereka menghadap seorang putera.

وعندما حضروا قال: أنا سأحل لكم المشكلة احضروا الفتاة

Putera berkata: "Aku akan membuat keputusan masalah kamu semua . . Bawakan gadis itu ke sini!"

فلما رآها الأمير قال بل هذه لا يتزوجها إلا أمير مثلي

Ketika putera melihat gadis itu, dia berkata: "Tidak ada yang sesuai untuk menikahinya, kecuali seorang putera seperti aku!"

وتجادلوا جميعا

Terjadilah perdebatan antara mereka...

ثم قالت الفتاة

Lalu gadis itu berkata:

أنا عندي الحل!! سوف أركض وانتم تركضون خلفي والذي يمسكني أولا أنا من نصيبه ويتزوجني

"Saya ada penyelesaian !! Kita adakan perlumbaan. Saya akan berlari, dan kamu semua mengejar di belakang saya, siapa yang pertama menggapai saya akan menjadi miliknya maka dialah yang menikahi saya".

وفعلا ركضت وركض الخمسة خلفها الشاب والأب والضابط والوزير والأمير وفجأة وهم يركضون خلفها

Dan benarlah, ketika gadis itu berlari, kelima lelaki: anak, ayah, petugas polis, menteri dan putera, berlari mengejar gadis tersebut dari belakang.

سقط الخمس في حفرة عميقة 

Namun tiba-tiba kelimanya jatuh ke dalam sebuah lubang yang dalam.

ثم نظرت عليهم الفتاة من أعلى وقالت

Kemudian, sambil melihat mereka dari atas, gadis itu berkata:

هل عرفتم من أنا؟ أنا الدنيا!

"Apakah kamu tahu siapa saya? Saya adalah dunia!!
أنا التي يجري خلفي جميع الناس ويتسابقون للحصول على ويلهون عن دينهم

Saya adalah sesuatu yg dikejar dan diperebutkan oleh semua orang, mereka berlumba untuk mendapatkan saya hingga mereka lalai terhadap agama mereka.

في اللحاق بي حتى يقع في القبر ولم يفوز بي

Mereka bersenang-senang untuk mengejar, sampai akhirnya masuk ke liang kubur, namun mereka tidak memenangkan atas diriku".

اللهم لاتجعل الدنيا اكبر همنا

Allaahumma laa taj'alid-dunya akbara hammi-naa.

"Ya Allaah, janganlah  Engkau jadikan dunia ini sebagai cita-cita terbesar kami.."

Semoga bermanfaat buat kita semua.

No comments:

Post a Comment