Kita Beri Apa Yang Kita Ada

Sidi Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Bantani  memberikan suatu analogi yang sangat baik dalam sebuah ceramah beliau:

Jika kita bersedekah, bermaksud kita ada duit. Jika kita beri makanan kepada orang, bermaksud kita memiliki makanan.

Ya, begitu jugalah. Jika kita sering mengatakan yang buruk-buruk kepada orang lain, bermaksud keburukan itu di dalam diri kita sendiri. Jika kita menuduh orang lain sebagai 'syaitan/iblis', sebenarnya kitalah pemilik sifat syaitan dan iblis itu.

Kaedahnya, seseorang hanya dapat memberi apa yang dia miliki sahaja.

Jika di dalam hati kita memiliki kemuliaan, semestinya kita akan memandang bahawa orang lain adalah mulia.

No comments:

Post a Comment