Pahala Sepontan

TANYALAH USTAZ TV9
14.8.2018
(Da'i Halim &Dato' Dr.Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd.Kashim)

*PAHALA SPONTAN*
•••••••••••••••••••••••••••••
Nabi ajarkan beri salam,beri makan bangun solat dua rakaat ini paling mudah dapat pahala,kamu akan masuk syurga dgn sejatera.

KALAU KITA JUMPA PAKU DI JALAN DAN KITA ALIHKAN,APAKAH KITA DAPAT PAHALA DAN APA LAGI PAHALA SPONTAN?
Buang atau hapuskan kekotoran di jalan itu adalah sedekah yg digalakkan.
Elak hisap rokok dikhalayak ramai,itu juga sedekah.
Hisap rokok dikhalayak ramai akan beri mudarat pada org lain dan dia akan dapat dosa.

ADAKAH SESEORANG YG MENERIMA DAKWAH DAN SEBARKAN,INI JUGA DAPAT PAHALA?
Ini adalah perkara yg digalakkan oleh Nabi.
Nabi kata sampaikan walaupun satu ayat.
Kongsikan kata² hikmah digroup~group whatsaap juga akan dapat pahala.
Hanya dgn kata² hikmah dan org berubah,kita akan dapat pahala.
PASTI DAPAT PAHALA DAN GANJARAN YG CUKUP BESAR DISISI ALLAH.

SAYA SELALU BAWA MAKANAN KUCING KETIKA SAYA BERJALAN DAN BERI KUCING MAKAN,BERI SEMUT ATAU BURUNG MAKAN,APAKAH INI JUGA PAHALA SPONTAN?
Ya kerana dia telah menginfakan hartanya bukan hanya utk dirinya sahaja tapi utk haiwan juga.
BUAT BAIK PADA HAIWAN,KITA AKAN DAPAT DOA DARI HAIWAN.
Setiap ungkapan KATAK(ang²..ang²) itu adalah zikir.
Beri makan pada kucing dan anjing juga dapat pahala.

BOLEHKAH BERI SALAM PADA KUCING?
Boleh dan tak berdosa.
Beri salam itu tanda kita mendoakannya.
In Shaa Allah kita boleh dapat syafaat di akhirat kerana buat baik pada haiwan.

ORG YG MENGUMPAT,MENGHINA DAN MENGAIBKAN KITA,APAKAH KITA DAPAT PAHALA SPONTAN?
Pastinya setiap apa yg kita lakukan ada org suka dan ada org tak suka.
Telinga,mata hati dan semua akan dipersoalkan di akhirat.
Kita dah buat benda baik,tapi masih ada juga akan cakap belakang,kita akan dapat pahala.
KALAU ORG BUAT SALAH,TEGUR DEPAN² BUKAN CAKAP BELAKANG².

TUGAS AWAM(rela)TAPI BERBAYAR ADALAH DAPAT PAHALA SPONTAN?
Niatkan setiap amalan atau kerja kita itu adalah ibadah.
Niatkan Ya Allah,apa yg aku buat ini sebagai ibadah.
BUAT KERANA ALLAH DAPAT PAHALA.
Kalau jaga Allah,Allah akan jaga kita.

APAKAH PAHALA SPONTAN,JIKA ADA MAJLIS ILMU KITA TENGOK SAHAJA TAK MASUK DAN KEMAS² ALMARI NAMPAK AL~QURAN,APAKAH DAPAT PAHALA SPONTAN?
Dapat pahala jika dia singgah dan dengar.
Sesiapa yg mempermudahkan urusan ilmu,Allah akan permudahkan baginya ke syurga.
Tangkap gambar masjid yg sedang mengajar ilmu dan share dilaman sosial akan dapat pahala.
Tengok dan baca ayat² Al~Quran dapat pahala.

APAKAH CONTOH² PAHALA SPONTAN TANPA KITA SEDARI?
Kita kena bezakan antara adat dan ibadat.
Buat kerana adat tak dapat pahala.
Dapat pahala cth ketika kita mandi niat aku mandi kerna nak bersih kerana Allah suka kebersihan.
Dapat pahala jika kita pakai baju niat aku pakai baju kerana nak tutup aurat.

BELANJA MAKAN DAPAT PAHALA DAN TAPI JIKA LEPAK LAMA² APAKAH DAPATKAH PAHALA JUGA?
Belanja org makan sangat² mulia dan dapat pahala.
Tapi dapat dosa kerana buang masa lama² dekat kedai makan.
Berdosa duduk lama².
Pahala dia dapat dan dosa pun dia dapat.

BOLEHKAH DAPAT PAHALA SPONTAN JIKA KITA PANDANG IBUBAPA DAN PASANGAN SUAMI ISTERI?
Ya,dapat pahala.
Nabi suka kucup dahi isterinya.
Itu akhlak Nabi.
Mata yg tak akan dijilat api neraka ialah mata yg melihat ibubapa.
Letak gambar mak ayah dalam beg duit kita,bila kita lihat akan dapat pahala spontan.
Doa yg terbaik Ya Allah kau bagilah wajahku disukai dan disayangi oleh org² mukmin dan mukminat.

JAUHKAN DIRI DARI PENGUMPAT DAN DIA PULA BERBURUK SANGKA DGN KITA,DIA KATA KITA SOMBONG,APAKAH KITA DAPAT PAHALA?
Org yg suka menburuk~burukkan org,dia dapat dosa.
Dia dapat pahala jika dia menghindari dari org itu.
Kita bukan sombong tapi mengelak dari melakukan kemungkaran.

KENAPA PAHALA YG ALLAH BERI SANGAT MEWAH CTH BUAT IBADAT MALAM AL~QUDAR DAPAT PAHALA SERIBU BULAN?
Allah memang maha pemurah.
Org yg ikhlas buat amalan kerana Allah akan dapat rahmat Allah di akhirat.

ADAKAH BIARKAN BURUNG MAKAN BUAH DIPOKOK DAPAT PAHALA SPONTAN?
Ada sahabat dizaman Nabi tanam pokok dan ada sahabat kata engkau kan dah tua buat apa tanam pokok,dia kata aku tanam pokok bukan utk aku tapi utk keturunan aku dan binatang².
Binatang makan buah dipokok, kita dapat pahala.
JIKA ADA TANAMAN BIARLAH HAIWAN MAKAN,KITA DAPAT PAHALA.

KEMAS MAJLIS YG TELAH SELESAI APAKAH DAPAT PAHALA SPONGAN DAN ADAKAH PERLU NIAT?
Jika niat buat apa² kerana ibadat akan dapat pahala.
Jika bersihkan majlis itu dgn niat tolong menolong dan jaga kebersihan dan niat utk ibadat,dapat pahala.

TANGGUNGJAWAB JAGA ANAK²,APAKAH DAPAT PAHALA SPONTAN?
Jika niat utk ibadah,dapat pahala.
Anggap semua perkara yg kita lakukan sebagai ibadah.
Kita bukan hanya dapat dunia(gaji)Tapi kita juga dapat akhirat(pahala).

BERI MAKANAN KEPADA SESIAPA SAHAJA WALAUPUN NON MUSLIM KITA AKAN DAPAT PAHALA KERANA KITA GEMBIRAKAN HATI ORG.

BOLEHKAH NAK NIAT APA YG AKU BUAT INI UTK DAPAT REDHA ALLAH,APAKAH INI DIKIRA PAHALA SPONTAN?
Jika niat,Ya Allah aku buat ini kerana Allah atau kerana nak redha Allah dikira berpahala dan pahalanya cukup besar.

BERI SALAM DAN SENYUM DAN APAKAH BERDOSA JIKA TAK JAWAB SALAM ORG LELAKI KERANA TAKUT FITNAH?
Beri salam(lelaki dgn lelaki wajib jawab)
Lelaki beri salam dgn perempuan wajib jawab tapi jawablah dgn cara yg betul bukan dgn suara yg mengoda.
BOLEH TAK NAK BALAS SENYUM UTK ELAK FITNAH.

LIHAT KAABAH DITV,APAKAH AKAN DAPAT PAHALA SPONTAN?
Inilah perubahan zaman teknologi.
Dulu nak tengok kaabah susah,nak kena naik kapal atau unta.
Ya,dikira dapat pahala jika kita tengok kaabah ditv atau dimedia sosial.
In Shaa Allah,mata tak dijilat api neraka.

ATOK USTAZ ORG SUSAH.
TIAP² HARI TENGOK GAMBAR KAABAH DISURATKHABAR.
DAN DOA SUATU HARI NANTI IN SHAA ALLAH,AKU DAPAT PERGI HAJI.
AKHIRNYA MEMANG DAPAT PERGI HAJI.
SETIAP KATA² ITU ADALAH DOA.

SEKIRANYA KITA TAHU ORG ITU KENA MUSIBAH DAN KITA DOAKAN ORG ITU WALAUPUN ORG ITU TAK TAHU,APAKAH INI DIKIRA PAHALA SPONTAN?
Ya,doa dalam whatsaap juga dikira pahala spontan.
Banyakkan doa yg baik² pada sahabat² kita walaupun kita tak kenal dia.

APAKAH PAHALA SPONTAN INI LEBIH TINGGI DARI PAHALA BIASA?
BUAT KERANA ALLAH DAN,PAHALANYA SAMA DISISI ALLAH.

KITA TAHU BENDA ITU PAHALA(cth buang sampah dijalan)TAPI KITA TAK NAK BUAT,APA PANDANGAN ISLAM DGN ORG YG ADA SIKAP MACAM NI?
Org yg bijak adalah org yg hidup dibumi utk beri manfaat pada org lain utk dapat pahala di akhirat.
Besar pahala cth sahabat ustaz buang kahak dilantai sebab takut terkena org lain,ini juga pahala spontan.
Nampak kecik tapi besar pahala disisi Allah.
Buatlah sekecil~kecil kebaikan supaya dapat tampung kekurangan ibadat yg lain.

ZIARAH MAK CIK YG SAKIT,SAYA BAWA ANAK KURANG UPAYA SAYA,MAK CIK TU PELUK DAN UCAP ALHAMDULILLAH DAPAT PELUK ANAK SYURGA,APAKAH INI DIKIRA PAHALA SPONTAN?
Apa juga perbuatan yg diniatkan ibadah akan dapat pahala.
Anak istimewa adalah anak syurga kerana mereka tak berakal.
Mak cik yg pegang dan peluk anak istimewa ini juga dapat pahala.

APAKAH BERKONGSI ILMU ATAU RESEPI DILAMAN SOSIAL DIKIRA PAHALA SPONTAN?
Bukan hanya yg kongsi ilmu atau resepi sahaja yg dapat pahala,yg bertanya soalan macam ni pun dapat pahala.
Soalan yg puan tanya ini juga dapat pahala spontan.

ORG YG DIUJI DGN KESUSAHAN DAN KESAKITAN APAKAH DAPAT PAHALA SPONTAN?
Org yg ditimpa musibah dan sebut انا لله وانا اليه راجعون serta redha,dia dapat pahala.
Nurse dtg beri makan dan kita ucap terima kasih,itu juga dikira pahala spontan.

SAYA SEORANG JURURAWAT DAN TAK SEMPAT SOLAT KERANA URUSKAN PESAKIT TAPI NIAT MEMANG NAK SOLAT,APAKAH DAPAT PAHALA SPONTAN?
Dalam keadaan darurat,dia boleh selesaikan merawat pesakit dan dia boleh qada.
Kalau dia ada ruang utk solat,dia solatlah.
YG JADI DOSA BILA TINGGALKAN SOLAT DGN SENGAJA.

ADAKAH PAHALA SPONTAN AKAN JADI PENYELAMAT DI AKHIRAT?
Ketika di Masyar ramai org akan dibangkitkan dalam keadaan dia tak tahu dia ada pahala.
Cth tiba² ada kucing datang kerana dulu dia beri kucing makan.
LIKE YG TAK SEPATUTNYA DILAMAN SOSIAL JUGA BOLEH MENGUDANG DOSA DAN BOLEH MASUK NERAKA.
Media sosial boleh bawa kita ke syurga atau ke neraka.

CUBALAH SEDAYA UPAYA BUAT KEBAIKAN.
NIATKAN IBADAT KERANA ALLAH.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

No comments:

Post a Comment