Semakin Berzikir Semakin Dekat Dengan Syaitan

Dia ahli Tahajud, ahli masjid, ahli sedekah, ahli puasa sunat dan pelbagai sunnah Rasulullah SAW menjadi amalan hariannya. Bibir mulutnya sentiasa dibasahi zikrullah. Namun demikian tidak terbayang sikap warak pada diri dan perwatakannya. Mengapakah terjadi perkara sedemikian? Pada pagi ini marilah sama sama kita mencermin diri semoga amalan harian kita selari dengan sahsiah kita dalam kehidupan seharian!


         Seorang murid bertanya kepada GURUnya (Imam Al Ghazali);


          _"Syeikh,_ bukankah zikir boleh membuat seseorang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala 

dan syaitan akan berlari jauh darinya?


        _“Benar,”_

Jawab Imam al-Ghazali.


        “Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir justeru malah semakin jauh dari Allah malah bertambah dekat dengan syaitan?"  Lanjut sang murid bertanya.


         Gurunya yang diberikan gelaran Hujjatul Islam ini pun bertutur;


         _"Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing, namun dia masih menyimpan tulang dan berbagai makanan kesukaan anjing di sekitarnya?"_ 


       _"Tentu, anjing_ _itu akan kembali_ 

_datang setelah diusir."_ Jawab sang murid.


        Imam al-Ghazali menjelaskan,

   

       _Demikian juga_ _dengan orang-orang yang rajin berzikir_

_tapi masih_ _menyimpan berbagai penyakit hati dalam dirinya,_ _syaitan akan terus datang dan mendekat bahkan bersahabat dengannya."_

     

         _"Penyakit- penyakit hati Itu ialah seperti_ _kesombongan,_ _irihati, dengki, syirik,_

_bersikap berucap kasar, riya,_

_berasa soleh,_ _berasa suci,_

_ghibah, marah,_ _mengadu domba_

_dan berbagai penyakit hati lainnya."_

        _Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seseeorang hamba, maka syaitan terlaknat_ 

_akan senantiasa datang,_

_mengakrabkan diri,kemudian menjadi sahabat karibnya."_


      Oleh itu sempena Ramadhan al Mubarak kali ini, marilah sama sama kita bermuhasabah diri semoga ia menjadi titik tolak perubahan dalam kehidupan sebagai seorang yang ikhlas dalam amal ibadat dan syurga menjadi idaman. Amat mudah untuk mengucapkan kata, _"ikut apa yang aku cakap, jangan ikut apa yang aku buat,"_ sesungguhnya perbuatan ini tidak disukai Allah SWT(As-Saf: 2-3). In Syaa Allah dengan mencermin diri sendiri akan menampakkan kelemahan diri kerana cermin tidak berbohong..


🌷  ÙˆØ§Ù„له أعلم🌷

No comments:

Post a Comment