Hati Sentiasa Ingat Allah

Sesi 5min bersama Ustaz Mastura

30 Januari 2024

1. Dalam hidup, perkara yang paling utama ialah hati kita hendaklah sentiasa pada Allah.


2. Di mana2 sahaja, apabila individu bertemu, Rasulullah s.a.w. ajar kita untuk beri salam. Salam itu doa yang bermaksud “Ya Allah, selamatkan dia ini”. Mendengarkan itu, malaikat mendoakan selamat kepada kita. Tatkala salam disambut oleh rakan, bermakna doa untuk selamat diberikan pula kepada kita. Kali ini, malaikat mendoakan selamat kepada rakan tersebut pula. 


3. Allah yang memberikan kita rasa gembira di hati apabila berjumpa dengan seseorang. Yang memberi kita rasa tidak selesa/gembira apabila berjumpa seseorang juga adalah Allah. Jadi doalah moga Allah beri kita yang molek2, yang baik2. 


4. Apabila kembali ke rumah, berikan hati, halakan sepenuhnya pada Allah. Dia yang memberikan kita kegembiraan apabila berjumpa keluarga setiap hari di rumah; menyejukkan hati serta menyenangkan mata memandang. Sebab tu ada doa diajar dalam Quran, 

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Rabbana hab lana min azwajina wa dzurriyatina qurrata a'yun, waj'alna lil muttaqina imama." 

Ertinya: Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan, 25: 74) 


5. Apabila makan, baca doa makan supaya berkat makanan dan dapat beri lebih manfaat kepada tubuh badan kita.


6. Bahaya paling besar dalam hidup adalah lupa kepada Allah. Jadi adalah penting untuk kita mendengar dan bercakap tentang kebesaran Allah setiap hari, supaya tidak lupa pada Allah. 


7. Hiduplah dalam rasa berTuhan di mana-mana. Maka tidak akan berlaku perkara yang tidak elok/negatif di pejabat seperti rasuah, curi tulang dan sebagainya. 


Letakkan hati sentiasa pada Allah. Lupa pada Allah, lupa jalan ke syurga.

No comments:

Post a Comment