Khidmat Tabligh

“Pernah dengar tak nama seorang Jemaah Tabligh Badrul Munir?”


Tanya Abg Ijam Medicine dalam satu program “Jom Cuci Masjid” (JCM) baru-baru ini.


"Badrul Munir ni orang Malaysia, umur baru 41 tahun. Tapi Allah swt jemput dia pergi depan makam Rasulullah saw pada 27 Ramadhan ketika sedang berpuasa. SubhanAllah. Betapa mulianya pengakhiran hidup dia."


Cerita Abg Ijam,

"Arwah ni nampak biasa-biasa saja.Tak ada rupa ustaz, bukan orang terkenal. Ilmu tak tinggi mana. Amalan pun tak menonjol. Tapi dia karkun,keluar 3 hari, setahun keluar 40 hari, 4 bulan untuk seumur hidup. Dia buat semua tu dengan istiqamah.”


“Tapi satu benda yang luar biasa tentang arwah, khidmat.

Khidmat dia pada ulama. Khidmat pada madrasah. Khidmat pada budak-budak tahfiz. Tanpa jemu. Tanpa mengeluh.”


Bayangkan tuan puan, 

Budak-budak tahfiz ni, kadang jubah, seluar, bersepah. Tapi Arwah Badrul ni, tanpa banyak cakap, kumpul satu-satu, cuci sendiri. Dengan senyum. Dengan redha.


Bukan sekali. Tapi hari-hari.

Tanpa harapkan upah, tanpa nak pujian.

Cuma harapkan satu, keredhaan Allah SWT.


Kalau kita?

Mungkin dah bebel, dah marah, jubah tu entah dah masuk dalam tong sampah.


Abg Ijam sambung lagi,


“Kalau ada orang minta tolong, alim ulama, sahabat, budak tahfiz, tak pernah sekalipun arwah cakap "tak boleh".


Ada satu kisah, 

Pukul 2 pagi, seorang sahabat telefon dari Machang: ‘Abang Bad, tayar kereta saya pancit. ’ Arwah jawab: ‘InSyaAllah, insyaAllah, Allah swt akan bantu.’


Tak lama lepas tu, bantuan sampai.

Padahal masa tu, Badrul berada di Hulu Langat.

Macam mana?

Wallahu a’lam. Tapi bila hidup penuh khidmat, bantuan Allah datang dengan cara luar jangka.


Tuan puan yang dirahmati Allah swt, 


Kita tak tahu rahsia Allah swt. 

Tapi boleh jadi, kerana khidmat ikhlas itu,

Allah swt hadiahkan dia pengakhiran yang dicemburui para wali.


Meninggal dunia depan makam Nabi saw pada 27 Ramadhan ketika sedang berpuasa dan dikebumikan di Perkuburan Baqi’, berhampiran Saidina Uthman bin Affan.

SubhanAllah,,,satu tempat yang hanya orang-orang terpilih saja dapat masuk dan disemadikan.


Sampai ada Imam Masjid Nabawi kata,

"15 tahun aku jadi imam di sini belum tentu aku dapat mati depan makam Nabi saw.”


Tuan puan, apa rahsia arwah?

Bukan banyak harta. Bukan jawatan.

Bukan ceramah viral.


Tapi satu, khidmat yang ikhlas.


Kadang kita rasa, "Aku ni tak banyak ilmu.

Tak pandai cakap. Siapa aku ?"

Tapi Allah tak tengok semua tu.

Allah swt tengok apa yang kita buat dengan hati yang ikhlas.


Jangan tunggu nak buat benda besar baru nak berkhidmat.

Khidmat yang kecil bila dibuat kerana Allah swt lebih besar daripada yg manusia nampak.


✔️ Buka kipas sebelum azan.

✔️ Buang sampah luar masjid.

✔️ Isikan air dalam tong wuduk.

✔️ Tolong cuci sejadah & telekung.

✔️ Siapkan poster kuliah.

✔️ Hias halaman masjid.


Sekecil apa pun bila hati ikhlas, itu jalan ke Syurga.


Tuan puan, 


Mari kita pujuk hati.Mari kita mujahadah untuk jadi hamba yang ringan tulang, tapi berat amal.Bukan untuk manusia nampak.Tapi biar Allah swt pandang.


Biar khidmat kita jadi saksi nanti di hadapan Allah,bahawa kita pernah mencintai rumahNya,pernah mencintai agamaNya,

pernah mencintai orang2 yang mencintaiNya.


Semoga kita juga dijemput pergi dalam husnul khatimah, di tempat yang mulia, dengan cara yang dicemburui.Amin ya Rabbal ‘alamin.🤲🕋


#UT

#KhidmatKeranaAllah

#BuatKerjaAgamaWalauKecil

#Tabligh

#Karkun

#MatiDepanMakamNabi

#SyurgaUntukOrangYangIkhlas

From Blogger iPhone client

No comments:

Post a Comment