Gula Barokah

Kisah Sufi..

Suatu hari seorang perempuan pergi berjumpa seorang Syeikh, lalu beliau berkata " Ya Syeikh, Aku sudah berkahwin hampir 10 tahun, tapi setiap kali suamiku balik dari kerja kami bertengkar, kadang kadang berakhir dengan perkara perkara yang tidak diingini, tolong aku syeikh"..

Lalu Syeikh menjawab " Aku berikan engkau 7 biji gula yang penuh baraqah sebagai ubat, setiap kali suamimu balik kerja engkau kunyahlah sebiji gula ini "
Lalu isterinya membawa balik gula.

Keesokan harinya, perempuan itu kembali berjumpa Syeikh itu. Kali ini wajah perempuan itu berubah dengan penuh kegembiraan dan tidak terhenti henti mengucapkan terima kasih pada syeikh itu.

Perempuan itu berkata sambil menangis " Semalam pertama kali sepanjang perkahwinan kami, suami aku tidak bertengkar dengan aku Syeikh, sejak 10 tahun yang lalu, baru semalam aku bisa  merasai kegembiraan. Sungguh berkesan dan baraqah sungguh gula itu Ya Syeikh"..

Lalu Syeikh itu berkata" Gula itu hanya gula biasa ,tidak ada apa apa padanya . Cuma kebanyakkan pertengkaranmu itu bermula dengan lisanmu, sekiranya engkau tahu menghargai bahasa "senyap" pasti hidupmu bahagia. Apabila engkau mula mengunyah gula itu , mulutmu tidak bisa berbicara, maka tidaklah berlaku pertengkaran"..

Belajarlah untuk tidak atau kurang berkata kata, Banyak hikmah yang engkau akan perolehi..

Moral atau hikmah cerita di atas yang harus difahamkan itu bukan kisah rumah tangga, tapi hikmah dalam senyap atau berdiam diri, luar dan dalam membuka pintu hikmah atau " wisdom "..

No comments:

Post a Comment