Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

Pelbagai kata hikmah

  • Jangan memandang remeh dosa-dosa ‘kecil’, kerana gunung-ganang itu terbina daripada batu-batu kelikir.
  • “Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu berjabat tangan keduanya, gugurlah dosa-dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun-daun kering di hari angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih di lautan.” (Hadith Riwayat Thabrani)
  • “Jika kalian bertawakkal kepada Allah dengan sungguh-sungguh, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepadamu seperti Allah memberi rezeki kepada burung, ia pergi pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang.” (Hadis riwayat Tirmidzi)
  • "Perkara yang paling aku sesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurang tetapi amalku tidak bertambah.” – Abdullah ibn Mas'ud
  • “Katakanlah, seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah pasti akan kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan." (al-Kahfi: ayat 109)
  • “Jadilah kamu seumpama pohon, apabila manusia melemparkan dengan batu, ia menghadiahkan dengan buah.” – Hasan al-Banna
  • “Bertasbihlah memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat.” (an-Nasr : ayat 3)

ALLAH cinta dan ALLAH benci

ALLAH menyintai orang tawadduk, tetapi ALLAH sangat menyintai orang kaya yang tawadduk.
ALLAH menyintai orang yang pemurah, tetapi ALLAH sangat menyintai orang miskin yang pemurah.
ALLAH menyintai orang yang bertaubat, tetapi ALLAH sangat menyintai orang muda yang bertaubat.

ALLAH membenci orang yang takbur, tetapi ALLAH sangat membenci orang miskin yang takbur.
ALLAH membenci orang yang bakhil, tetapi ALLAH sangat membenci orang kaya yang bakhil.
ALLAH membenci orang yang tidak mahu bertaubat, tetapi ALLAH sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.

(Hadis Qudsi)

Ucapan Abu Bakr

Ketika Abu Bakr r.a dilantik menjadi khalifah, beliau berucap:

 “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku… Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Zuhud

Zuhud sebenarnya bukanlah ketiadaan harta, tetapi zuhud adalah mengosongkan hati dari harta itu.
(Imam Ghazali)

Seorang zahid yang sebenarnya ialah orang yang tidak pernah mencela dunia dan tidak pula memujinya. Bila dunia datang ia tidak bergembira-ria, dan bila dunia pergi daripadanya ia tidak pula berdukacita. Ia ketawa di tengah ramai, tetapi menangis bila bersendirian.
(Ibnu As-Samak)

Rahmat ALLAH

Jangan pandang remeh dgn terlajak Subuh,
Jangan pandang remeh dgn terlepas Al-Quran sehari,
Jangan pandang remeh dgn bangun tidur lewat sedikit,
Jangan pandang remeh pada solat tak tepat pada waktunya,
Jangan pandang remeh dgn rasa malas walaupun sebentar,
Jangan pandang remeh pada rokok, judi, arak dan wanita,
Jangan pandang remeh dengan perkara2 yang mampu menjauhkanmu dari RAHMAT ALLAH..

Cinta ALLAH

Orang yang beriman selama-lamanya cinta kepada ALLAH. Semakin menebal keimanannya, semakin mendalam perasaan cintanya. Jika sudah dilamun cinta, di matanya sering terbayang akan apa yang dicintainya. Baginya seluruh perhatian, fikiran, perasaan dan setiap denyut jantungnya menuju kepada yang satu. Demikian juga dengan seluruh rongga kalbu, penuh dengan rasa rindu.

(Halimuddeen)

Neraka dan Kemiskinan

Yahya bin Ma'az berkata:

"Seandainya seorang manusia itu takutkan neraka sebanyak dia takutkan kemiskinan, dia akan memasuki syurga."

Kunci Kejayaan

KEJAYAAN manusia terletak pada Agama. Bukan pada harta, bukan pada pangkat. Kalau kejayaan manusia Allah letak pada harta, maka Raja Namrud telah berjaya. Kalau kejayaan manusia Allah letak pada pangkat, maka Firaun telah berjaya.

Telah menjadi ketetapan ALLAH iaitu sesiapa yang ada agama dalam kehidupannya nescaya di dunia dia bahagia dan di Akhirat dia selamat. Dan sesiapa yang tiada agama dalam kehidupannya maka di dunia dia merana di Akhirat dia binasa.

Iman

“Iman sangat berharga. Iman sebesar zarah harganya syurga sebesar 10 kali ganda dunia. Mati tanpa Iman, walaupun harta sebanyak dunia, tidak dapat mencium walaupun bau syurga”.

Doa Rasulullah s.a.w.

"Ya ALLAH, campakkanlah di dalam hati kami cinta pada iman. Hiasilah hati kami dengan iman. Buatkanlah kami benci akan kufur, fusuk dan maksiat dan jadikanlah kami orang yang mendapat petunjuk".

Cuci 4 Perkara

Cucilah empat perkara dengan empat perkara:

Cucilah wajahmu dengan airmatamu;

Cucilah lidahmu dengan zikir kepada Penciptamu;

Cucilah hatimu dengan rasa takut kepada Tuhanmu;

Dan cucilah segala dosa-dosamu dengan bertaubat kepada Penguasamu.


(petikan dari Buku "Takut & harap jalan menuju Redha Allah" tulisan Fauziah Mohamad)

Rezeki Yang Berkat

Sesuatu yang sedikit tetapi mencukupi adalah lebih baik daripada sesuatu yang banyak tetapi melalaikan.

Mutiara Kata - Saidina Ali

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.

(Saidina Ali bin Abi Talib)