Showing posts with label Hadith Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Hadith Pilihan. Show all posts

The Law of Attraction

"Suatu hari, Rasululloh saw menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut. 

Beliau bersabda, 
_"Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu"._

Orang itu menjawab, 
_"Tapi ini adalah demam yang mendidih, yang jika menimpa orangtua yang sudah renta, bisa menyeretnya ke lubang kubur"._

Mendengar keluhan orang itu, Rasululloh saw bersabda, 
_‘Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya’._ 
(HR. Ibnu Majah)

Sungguh indah apa yang disabdakan Rasululloh saw. 

Perhatikan pesan-pesan Rasululloh. SaW berikut ini :
_"Barangsiapa yang ridha, maka keridhaan itu untuknya. Barangsiapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya"_ 
(HR. at-Tirmidzi)

_"Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keridhaannya menerima keputusan ALLOH."_ 
(HR. Ahmad)

🔹Jika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia.

🔹Jika kita berpikiran sedih, maka kita menjadi sedih.

🔹Jika kita berpikiran gagal, kita menjadi gagal

🔹Jika kita berpikiran sukses, maka kita niscaya sukses. 

🔹Jika kita berpikiran sakit, kita juga menjadi sakit.

🔹Jika kita berpikiran sehat, maka kita pun akan sehat. 

Inilah _*The Law of Attraction*,_ 
Hukum Tarik Menarik,  merupakan _*Sunnatulloh*_ yang berlaku di alam semesta. 

_*You are what you think*_
(Anda adalah apa yang Anda pikirkan)

Selalulah berpikir yang positif dan jangan pernah biarkan pikiran negatif membelenggu otak dan kehidupan kita. 

_Jadi tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan._

Tugas kita hanya 2, yaitu : *Berusaha optimal dan berdoa*. 
Sedangkan selanjutnya itu karsa ALLOH SWT.

Nabi SAW bersabda :
"Ketika seorang hamba berkata *Laa Haula Wa Laa Quwwata Ila Billah*, maka ALLOH berfirman, "Lihatlah (hai para malaikat), orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaKu"
(HR.Ahmad).

Semoga menjadi lebih baik dan bermanfaat utk diri dan sekitarnya.
*Robbana Taqobbal Minna*
Ya Alloh terimakah dari kami (amalan kami), aamiin

Puasa dan Anugerah


عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Dari Abu Shalih Az Zayyat bahwa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya." (HR Muslim No:  1944) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.

2.  Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.

3.  Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab perbuatan dan perkataan yang buruk serta hina.

4.  Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.

5.  Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang enak, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.

6.  Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:

a.  Gembira ketika berbuka puasa
b.  Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya.

Semoga  Ramadan pada tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah. Jom Berusaha Melakukan Amalan Terbaik. Andaikan  Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.

RAMADAN MUBARAK MEMBINA GENERASI RAHMAH

telegram.me/hadisharian_ikram

Niat Menuntut Ilmu

Sabda Nabi SAW:

"Daripada Ka'ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka." (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn 'Umar, al-Hakim daripada Jabir bin 'Abdillah. Al-Hakim mensahehkannya dan disetujui oleh al-Zahabi. Lihat : Al-Mustadrak 1/272, cetakan Dar al-Ma'rifah, Beirut. Ada perselisihan dalam menentukan kedudukan hadith ini, namun hadith ini mempunyai syahid (pembuktian daripada riwayat lain) yang menjadikannya pada darjah sahih.)

Tujuan menuntut ilmu agama adalah untuk keluar dari kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya. Juga untuk menegakkan kebenaran dan membelanya. demikian tugasan dan tanggungjawab taalib al-'Ilm dan ulama' (ahl al-'Ilm). Menuntut ilmu adalah ibadah dan ianya membawa insane muslim ke syurga. Namun ada di kalangan manusia golongan yang ingin bermegah-megah dengan ilmu agamanya, bukan untuk kebenaran tetapi sekadar untuk menaikan diri dan kedudukannya sahaja. Dalam hadith ini disebut tiga niat buruk yang menyebabkan penuntut ilmu agama dihumban ke dalam neraka.

Kisah Kelebihan Solat Subuh dan Asar di Awal Waktu

Malaikat berganti-ganti menjaga manusia pada siang dan malam. Malaikat yang menjaga manusia pada siang hari akan datang pada manusia di waktu subuh dan akan pulang pada waktu asar,manakala malaikat yang menjaga manusia pada malam hari akan datang pada manusia di waktu asar dan akan pulang pada waktu subuh. (Beganti-ganti)

Diceritakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim sanadnya daripada Abu Hurairah, bahawannya Rasulullah SAW bersabda : "Sentiasa berganti-ganti Malaikat yang menjaga kamu, antara Malaikat yang bertugas siang, mereka bertemu (berkumpul) di waktu solat subuh dan solat asar, kemudian naiklah Malaikat yang bertugas malam menjaga kamu itu, lalu Allah bertanya kepada mereka (malaikat), sedangkan Allah lebih mengatahui tentang keadaan hamba-hambaNya itu, FirmanNya : "Bagaimana keadaan hambaKu?" Mereka menjawab : Kami tinggalkan mereka kita mereka sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu) dan kami datangi mereka ketika mereka mengerjakan sembahyang (mengabdikan diri menyembahMu)".

Sangat bertuah dan mendapat keuntungan yang sangat besar bagi mereka yang dijumpai Malaikat dalam keadaan sembahyang, dan ditinggalkan Malaikat dalam keadaan sembahyang pula, sehingga Malaikat melaporkan keadaan hamba-hamba Allah ketika Malaikat menghadap kepada Allah dengan laporan yang baik.

Oleh kerana itu agama sangat menganjurkan pada ummatnya yntuk menjaga solat di awal waktu dan dengan berjemaah di mana azan diazankan, terutama sekali solat subuh dan solat asar yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran dengan soaltulwusto, pada ketika itulah pengantian Malaikat, antara Malaikat penjaga malan dan penjaga siang. Berbahagia bagi mereka yang dapat menjaga solatnya di awal waktu.

10 Tanda Hati telah Rosak

Oleh Ustaz Abu Basyer

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud : "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." (Surah al-Israa ayat 36)

Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.

Nabi SAW menganggap hati manusia sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya.

Gunung dan Lalat

Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang » (Hadis Riwayat Bukhari)

Orang yang Muflis di sisi ALLAH

Baginda bertanya kepada sekumpulan sahabat, "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Para sahabat menjawab, "Muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan tidak memiliki sebarang harta."

Jawapan tersebut adalah benar berdasarkan kefahaman umum tentang muflis. Lantas, Rasulullah s.a.w. menerangkan maksud muflis yang sebenarnya. Sabdanya yg bermaksud, " Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memkan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Sewaktu perbicaraan, diambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lau dibebankan kepada si muflis. Kemudian dia akhirnya dihumbankan ke neraka!" (Riwayat Muslim no. 2581)

Kelebihan Seorang Isteri

Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh Allah
  1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
  2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
  3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
  4. Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).
  6. Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
  7. Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga
(Hadis Riwayat Tarmizi)

"Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka".  (Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Sabar di atas Kehilangan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripada-Ku (dengan bersabar). "

(HR Bukhari).

Sifat RasuluLLah

Nabi s.a.w pernah melihat sahabat mengahwinkan pokok tamar, lalu baginda bersabda:

"Apa yang sedang kamu lakukan?”. Jawab mereka: “Kami telah lakukannya sebelum ini”. Jawab baginda: “Barangkali jika kamu tidak buat ia lebih baik”. Maka mereka pun tidak melakukannya, lalu pokok tidak berbuah. Mereka menyebut hal tersebut kepada Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: “Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia"
(Riwayat Muslim).

“Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Penghulu Istighfar


"Ya Allah! Engkau tuhanku, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada Mu dari kejahatan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau."

“Barangsiapa yang menyebutnya pada waktu siang dengan penuh yakin terhadapnya (ikhlas dan yakin dengan ganjarannya), maka (jika) dia mati pada hari itu sebelum hampir tiba malam maka dia daripada kalangan ahli syurga. Dan barangsiapa yang menyebutnya pada waktu malam dengan penuh yakin terhadapnya (ikhlas dan yakin dengan ganjarannya), maka (jika) dia mati sebelum tibanya subuh maka dia daripada kalangan ahli syurga”.
(Hadis Riwayat Bukhori)

Tanda Akhir Zaman

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka, mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya. Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”

(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Ingat ALLAH Sentiasa


Daripada Abu Hurairah r.a., Firman ALLAH dalam Hadith Qudsi:

Aku sesuai dengan dugaan hambaku kepadaku.
Dan aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaku.
Jika dia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku akan mengingatinya di dalam hatiku.
Dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik.
Dan jika dia mendekatiku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta.
Jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.
Dan jika dia datang kepadaKu berjalan, Aku akan datang kepadaNya dengan berlari"

(Riwayat Shaikhani dan Tarmidzi)

Keredhaan ALLAH

Aishah (r.a.) berkata RasuluLLah (s.a.w) pernah berpesan:

"Carilah redha ALLAH walaupon mendapat kemurkaan Manusia, kerana apabila kamu diredhai ALLAH nescaya ALLAH akan memelihara kamu. Janganlah cari keredhaan manusia sehingga mendapat kemurkaan ALLAH, nescaya ALLAH tidak bersama kamu"

10 Sahabat Dijamin Syurga


Daripada Abu Dzar RA, bahawa Rasulullah SAW masuk ke rumah Aisyah RA dan bersabda;

“Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar khabar gembira?”

Aisyah menjawab : “Tentu, ya Rasulullah.”

Lalu Nabi SAW bersabda, ”Ada sepuluh orang yang mendapat khabar gembira masuk syurga, iaitu : Ayahmu (Abu Bakar) masuk syurga dan kawannya adalah Ibrahim; Umar masuk syurga dan kawannya Nuh; Uthman masuk syurga dan kawannya adalah aku; Ali masuk syurga dan kawannya adalah Yahya bin Zakariya; Thalhah masuk surga dan kawannya adalah Daud; Az Zubair masuk syurga dan kawannya adalah Ismail; Sa’ad masuk syurga dan kawannya adalah Sulaiman; Said bin Zaid masuk syurga dan kawannya adalah Musa bin Imran; Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dan kawannya adalah Isa bin Maryam; Abu Ubaidah bin Jarrah masuk syurga dan kawannya adalah Idris Alaihissalam.”

Ini merupakan kisah hidup ringkas kesepuluh manusia terhebat itu:


Syafaat Al-Quran


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Luasnya Neraka Jahannam




Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a..w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."


Penyakit al-Wahnu


Sabda RasuluLLah: "Hampir tiba suatu zaman di mana musuh-musuh kamu akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka."

Maka salah seorang sahabat bertanya: "Adakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?"

RasuluLLah menjawab: "Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut 'rasa gentar' dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu."

Seorang sahabat bertanya: "Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?"

RasuluLLah menjawab, "Cinta dunia dan takut mati."

 (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

40 Hadith with Animation

Tetamu

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu Berkah dan seribu Rahmat”.