Jagung dan Kehidupan

Terdapat seorang petani yang menanam jagung berkualiti tinggi. Setiap tahun dia memenangi anugerah untuk tanaman jagung terbaik. 


Satu tahun seorang wartawan akhbar menemu bualnya dan mempelajari sesuatu yang menarik tentang cara dia mengembangkannya. 


Wartawan itu mendapati bahawa petani itu berkongsi benih jagungnya dengan jirannya.


 "Bagaimanakah anda mampu berkongsi benih jagung terbaik anda dengan jiran anda apabila mereka memasuki jagung bersaing dengan jagung anda setiap tahun?" wartawan itu bertanya.


 “Kenapa tuan,” kata petani itu, “Tidakkah tuan tahu? Angin mengambil debunga dari jagung yang masak dan memusingkannya dari ladang ke ladang. 


Jika jiran saya menanam jagung rendah, pendebungaan silang akan terus merendahkan kualiti jagung saya. 


Jika saya ingin menanam jagung yang baik, saya mesti membantu jiran saya menanam jagung yang baik.” 


Begitu juga dengan kehidupan kita... Mereka yang ingin hidup bermakna dan baik mesti membantu memperkayakan kehidupan orang lain, kerana nilai kehidupan diukur dengan kehidupan yang disentuhnya. 


Dan mereka yang memilih untuk bahagia mesti membantu orang lain mencari kebahagiaan, kerana kebajikan masing-masing terikat dengan kebajikan semua.

Alam Barzah

Dalam sebuah riwayat di kisahkan,

apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,

badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..


Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..

Dibuka muka kita,

pipi kita akan kena tanah..

Terbaring dalam kubur menghadap kiblat.


Suami, isteri, anak² menangis..

Selepas itu,

diambil papan lalu ditutup..


Tanah pun diturunkan secara perlahan²..

Bila sudah sampai separuh kubur,

tukang kubur pun naik melompat ke atas..

Bila melompat naik ke atas, tutup..!

Diinjak²nya kubur.


Nabi saw bersabda,

bila orang yang hantar kita ke kubur ketika berbalik pulang  ke belakang,

kita mendengar bunyi langkah kaki mereka pulang..

Derap langkah kaki² mereka kita bisa dengar..

Maka pada saat itulah,

roh kita akan duduk..

Duduknya roh dan kaki melunjur..

Badan tegak.


Maka pada waktu itulah,

kita akan memanggil orang² yang mengantar kita ke kubur..

Kalau adik yang antar,

kita akan memanggil adik kita.


"Adik, jangan tinggalkan abang, abang takut…"


Suami memanggil si isteri,

“Sayang, jangan balik..tunggu Papa”


Isteri tak mendengar..

Isteri membawa ceret dan daun pandan balik sambil mengusap  air mata..


Sayang macam mana pun isteri kita,

dia akan balik..

Dia tidak akan tengok..

Dia tetap balik.


Selepas itu,

kita akan melihat anak² kita kembali..

Kita panggil anak,nak..,

tapi tak dengar..


Selepas mereka semua pergi,

datanglah dua malaikat..

yang hitam kedua²nya..

yang biru kedua²nya..

Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kaki² orang yang balik tadi..

Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..

Lagi menakutkan.


Yang tak pernah senyum dan ketawa,

malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,


"Hai manusia!"


Malaikat tak kata,

"Hai ustaz, hai ustazah".

Malaikat tak panggil begitu.

Malaikat pun tak kenal kita.

Malaikat tak memanggil hajjah atau haji,tapi memanggil "Hai manusia!”


"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"

Itulah pertanyaan dia..


Maka kita akan menjawab,

"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..

Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”.


Kalau itulah jawapan kita, 

selamatlah kita..

Dia tak bertanya lagi, 

"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".


Kalau lulus pertanyaan ini, 

maka lepaslah pertanyaan² lain..

Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..

Malaikat berkata,

"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik".


Maka, kata malaikat kepada kita,

"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".


Nabi Muhammad S.A.W bersabda,

kalau kamu orang yang baik,

akan diluaskan kuburmu seluas 70 hasta,

dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.

Di riwayat yang lain di luaskan kubur sejauh mata memandang,


Walaupun mayat tak bisa beritahu kita, 

Nabi sudah khabarkan pada kita.

Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.


Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.


Jagalah solat kita.

Bergaullah dengan orang orang Sholeh.

Hadirilah taman² syurga dunia(majlis majlis agama).


Semoga Allah SWT membebaskan kita dr Azab kubur dan Api Neraka,aamiin ya rabbal aalamiinn...

Jika tulisan ini baik janganlah sampai di kamu saja,


Rasulullah S.A.W bersabda:


"Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."

(HR. Al-Bukhari)


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ [ ﷺ ]

Keberkatan Tetamu

Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w.  tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah.

Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu.


Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah s.a.w.. 

   

Tidak berapa lama kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya:


Siapakah tetamu itu?


Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah s.a.w.. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah s.a.w.. 


Ketika Rasulullah s.a.w. hendak pulang. Baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya supaya melihat dipintu ketika Baginda keluar.


Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah s.a.w. keluar.


Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah s.a.w.. Beliau sangat terkejut lalu Rasulullah Sallallah 'Alaihi Wasallam berkata kepadanya:


Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang.


Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang -binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita. 


Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah s.w.t.. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " إذا أراد الله بقوم خيراً أهدى لهم هدية. قالوا: وما تلك الهدية؟ قال: الضيف ينزل برزقه، ويرتحل بذنوب أهل البيت ". فيااحبتي " الضيف دليل الجنة ". وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه ...

صل الله عليه وعلى آله وصحبه أجمعين..


ALHAMDULILLAH, TETAMU ADALAH PEMBAWA RAHMAT

Pencuri Jam

Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.


Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu. 


Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan penuh penghormatan, seraya berkata:


"Cikgu masih ingat saya lagi tak?”


Gurunya menjawab: “Tidak.”


Murid itu hairan dan bertanya lagi, "Eh, cikgu tak ingat saya?"


"Sayalah... murid yang mencuri jam tangan salah seorang kawan di dalam kelas kami tu.


"Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua  berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya. 


"Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya "pencuri" dan hidup saya pasti akan hancur sepanjang hidup.


"Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan sapu tangan.


"Cikgu memeriksa poket setiap kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.


"Setelah selesai, cikgu  suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing2.


Saya takut cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya.


Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.


"Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.


"Cikgu masih ingat lagi saya tak?" 


"Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?


Sayalah murid itu dan cerita ini adalah cerita pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya selama2nya.


Saya sangat mengagumi cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan benar, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.


Guru itu menjawab:


"Sungguh2 saya tidak mengingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya."


"Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid sebab saya sangat mencintai murid-murid saya. "


Murid tadi hanya terpana dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagumnya kepada sang guru.


Hikmah yg dapat diambil:


Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan orang lain.


Jangan memalukan seseorang hanya kerana 1 kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.


Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan.


Semoga bermanfaat.


Sumber : Ustaz Hanafi

Dakwah Ustaz Haron Din

AWAK Telah MURTAD ‼️

Satu ketika dulu sy pernah makan sebelah seorang Dr Pakar... Ringkasnya kami pun berbual-bual.. ternyata kami satu negeri..saya santuni beliau dan berkongsi karguzari sy pernah keluar dakwah di UK berikutan beliau bgtahu beliau pernah belajar di sana.. setelah itu beliau bgtahu beliau baru masuk Islam...ah' sudah ..terkedu saya dengar..saya pun brtnya Dr dulu Agama apa...dia kata kisah nya panjang..


"masa sy masuk universiti, orientasi pertama pelajar...ada penceramah yg di jemput.. bercerita tentang syurga neraka...sy ni suka bertanya yg sy tak tahu ."Ustaz, sy teringin nak tahu..apa yg sy tahu..semua masih di alam barzakh..jadi siapa yg berada di syurga neraka yg ustaz cerita kan td tu..."..


saya mencelah,bagus soalan Dr tu ..sebab sy pernah tnya Guru saya begini juga ..ustaz saya kata betul tu...ini hanyalah gambaran nikmat di syurga dan di neraka apabila manusia telah memasuki nya nanti supaya kita faham..


Dr tu jwb ..bagus Guru ustaz...tp tidak berlaku pd penceramah ini...di depan ribuan pelajar siswa siswi...dia kata...Awak Telah MURTAD ..soalan awak tu menunjukkan awak Tak beriman ‼️ mengucap semula...apa yg berlaku..hati sy remuk .sy sgt benci terus pada Ulama dan Islam...sy benci pada Ustaz2...pada waktu itu juga sy terus MURTAD betul²...sy terus tinggalkan Islam pada masa itu kerana percakapan Ustaz itu...sy terasa sgt di permalukan begitu...saya jalani kehidupan di Universiti sebagai seorang yg bukan Islam...mmg sy telah istihar sy MURTAD..sy bercadang nak tukar nama kerana benci nama Islam sy..


Ringkaskan cerita , saya tamat belajar Sehingga saya jadi Dr Pakar...satu hari sy di panggil untuk merawat Dr Haron Din...Dr Haron Din panggil sy dgn nama Islam sy...kerana dia baca pada nama penuh di report.. beliau kata dgn wajah penuh senyuman, bertuah nya saya dpt jumpa anak melayu Islam yg hebat mcm awak...saya terus cakap,maaf.. saya bukan Islam..


Dr Haron Din cakap...maafkan sy...sy ingatkan Awak Islam..sebab nama org Islam..saya terus cakap..saya telah murtad..terus Dr Haron Din cakap, awak Tak murtad lah..siapa kata awk murtad..awak org baik...awak org yg banyak pahala..Dr ni org byk pahala..byk tolong org...org mcm awak ni sifat ahli syurga..terkedu saya ..sentuhan dakwah yg begitu luar biasa...buat mata sy berkaca...saya terus bercerita tentang kisah kenapa saya murtad...dgn linangan air mata..


Dr Haron Din cakap, mungkin ustaz tu tersilap...saya minta maaf bg pihak Ustaz tu..awak maafkan ye..


Sy tanya .Banyak hospital ada..kenapa datang sini...dgn senyuman Dr Haron Din jawab kerana Allah taqdirkan sy untuk bertemu awak..sy terus mengucap semula di depan Dr Haron Din...Tak berapa lama sy mendapat berita yg beliau meninggal dunia di Amerika.. Alhamdulillah asbab beliau ,sy dpt kembali pada Islam..sy dah nekad, dah tak mahu jauh lg dari Allah.."


Tuan²...Masyallah..betapa pentingnya hikmah dalam dakwah...bila kita tak hikmah walaupun kita ustaz sekalipun lebih lagi kalau kita sentiasa rasa kita paling betul dan suka memperkecilkan org menatijahkan org tinggalkan Islam kerana kebodohan kita..tapi asbab Hikmah dan kelembutan dalam dakwah seperti yg di tunjukkan oleh Almarhum Tn Guru Dr Haron Din.. Allahuakbar...hati yg keras telah tembus kembali pada Islam hanya kerana kata² seorang Ulama dan Daie yg Hikmah lagi Ikhlas.... Allahuakbar...


Barangkali di luar sana masih ada org yg sebegini..kerana kelemahan dan kesilapan kita dalam berkata-kata menjadi asbab umat terjun dalam Lembah...keadaan Umat di pinggir kemurtadan hari ni...sgt perlu kita perlu bawa Sifat Sahabat dalam dakwah kita ..dakwah dgn sabar dan kasih sayang...dgn hikmah dan kelembutan... mendoakan kebaikan... bersangka baik .


Semoga kita ambil iktibar..Dakwah jangan merendahkan org... sebaliknya merendahkan diri.. merendahkan pandangan dari melihat yg haram apatahlagi keburukan org... dakwah jangan hanya Josh(bersemangat) tapi kena Hosh(hikmah bijaksana)... Almarhum Tn Guru Dr Haron Din rah. Makamnya ribuan batu dari kita . sentiasa di ziarahi Para Jemaah Dakwah Tabligh yg berdakwah di sana sebagai penghormatan kepada Ulama dan Pendakwah hebat Tanah Air kita ..ribuan umat telah beliau Islamkan tanpa media tahu...Hanya Allah SWT Maha Mengetahui...Moga Allah menerima beliau dan kita semua ...amin...


Kredit Guru kami Ustaz Ahmad Farkhan Daie

Muhajir Madani


#gengsurauputrajayaGSP

#pertubuhanpenggerakdakwahputrajaya

#gerakterus

#BantuShare

Takbir Raya dan Perang Ahzab

"Kenapa dalam takbir raya ada sebut tentang perang ahzab? Kenapa tak sebut perang- perang lain?"


Ukhti tu tanya.

Dia cuba revise takbir raya, sampailah bila dia go through rangkap yang ada cakap pasal perang ahzab.


.

.


لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ

Laa ilaaha illallallahu wahdah

Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa


صَدَقَ وَعْدَهُ

sadaqa wa’dah

yang benar janji-Nya


وَنَصَرَ عَبْدَهُ

wanashara ‘abdah

dan yang menolong hamba-Nya


وَأَعَزَّ جُنْدَهُ

wa a’azza jundahu

dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin)


وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ

wahazamal ahzaaba wahdah

dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya


.


Malam tu kat Masjid Putra, dia randomly approach satu group akhwat yang tengah usrah (yang dia kenallah of course) and cakap, 


"akak saya nak join dengar akak sharing boleh?"


Kakak tu angguk dan dia terus duduk. Malam tu sesi diorang bedah dan revise fikrah dari kisah perang ahzab.


Bukak surah ahzab, ayat 10 dan 11,


"Iaitu ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu dan ketika penglihatanmu terpana dan hatimu menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah.


Di situlah diuji orang mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang dasyat."


.

.


"Masa perang ahzab tu, waktu tersebarnya berita yang tentera bersekutu mula ada yang dihasut oleh orang kafir dan mula nak berpecah belah meninggalkan islam, masa tu hati orang-orang islam di barisan hadapan ni mula diuji dengan perasaan-perasaan yang tak best.


Allah cakap dalam ayat 10 ni, dasyatnya perasaan waktu tu sampaikan diorang ni mula ada zhon (prasangka) pada Allah."


Dia belek quran dia dan tenung lama ayat yang kakak tu tengah tadabbur. Sedaya upaya cuba merasai perasaan orang islam waktu tu.


Lepas tu kakak tu sambung tadabbur ayat 12,


"Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang hatinya berpenyakit berkata, "Yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami hanya tipu daya belaka.""


"Dasyatnya ujian waktu tu sampaikan terkeluarlah perangai dan perasaan sebenar beberapa orang islam yang Allah label dalam ayat 12 sebagai munafik dan orang-orang yang hatinya berpenyakit.


Sedang orang-orang yang benar keimanannya sahajalah yang survive sampai ke akhir."


Dia diam.

Rasa nak nangis pun ada.

Meremang dengan cerita perang ahzab ni.

Padahal kalau diingatkan kembali, perang ahzab ni last-last tak jadi pun sebab Allah hantar taufan sampaikan orang-orang kafir patah balik.

Tapi lepas je perang Allah sebut satu-satu golongan yang timbul disebabkan oleh ujian yang Allah bagi.

Sebab masa ni semua orang tak dapat lagi dah nak pretend keimanan mereka.


😭


.

.


"Sebenarnya perang ahzab ni satu peperangan antara orang islam dengan diri mereka sendiri je.


Yang akhirnya kemenangan yang mereka dapatkan pun adalah kemenangan jiwa. 


Bilamana kebenaran keimanan mereka yang menentukan golongan mana yang mereka jadi in the end of the perang."


.


"Dalam takbir raya sebut perang ahzab sebab perang ni significantnya is kemenangan jiwa tu. 


So samalah macam waktu kita puasa. Walau kita berjaya je puasa 30 hari, qiam hari2, masjid hopping 10-20 buah masjid, khatam berkali-kali, tapi sejauh mana keimanan kita pada Allah tu memang betul-betul benar dan ikhlas sehinggakan kita dapat keluar dari ramadan ni sebagai orang yang menang jiwanya."


Huu.


.


29 ramadan.

Sebab peperangan paling besar adalah peperangan antara kita dengan diri kita sendiri.

Salt from Neighbour

I heard my mother asking the neighbors for salt. But we had salt in the house. I asked her why she was asking the neighbors for salt. And she answered me: 


“Because our neighbors don't have a lot of money and often they ask us for something.

From time to time, I also ask them for something small and inexpensive, so that they feel that we need them too. This way they will feel more comfortable and easier for them to keep asking us for everything they need."

Respect for human dignity is undoubtedly one of the noblest feelings.

And that's exactly what I learned from my parents... Let's build empathetic, humble, supportive children and other values to be valued!


- Courtesy: Fatima Anfig

Dosa Lalu

​Saidina Umar selalu menangis bila mengenangkan dosa lalu. Beliau pernah membunuh anak perempuannya sendiri sebelum masuk Islam. Beliau menyesali dan bertaubat atas perbuatannya namun dosanya itu sentiasa menghantui dirinya. Apabila kita melakukan dosa, dosa itu seperti paku yang dipaku di tiang kayu. Apabila kita bertaubat, maka paku tersebut akan dicabut daripada tiang itu, namun kesan paku tidak akan hilang dari tiang kayu itu dan akan kekal selamanya.


Andai ku tahuKapan tiba ajalkuKu akan memohonTuhan, tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu (ku tahu)Kapan tiba masakuKu akan memohonTuhan, jangan Kau ambil nyawaku
Aku takutAkan semua dosa-dosakuAku takutDosa yang terus membayangiku

Pengembaraan Haji Tahun 1924


Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-


• Kos menunaikan haji sekitar 500  hingga 600 Ringgit Malaya.


• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)


• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.


• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang


• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.


• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.


• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.


• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.


• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.


• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.


• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.


• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.


• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.


• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.


• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air


• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.


• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.


• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.


• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.


• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.


• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah. 

Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam. 


• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.


• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.


• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.


• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.


• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.


• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.


• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.


• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.


# Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.  


Hasanuddin Yusof

Maktab Penyelidikan

Tamadun Alam Melayu dan Islam.

CnP

Rusa, Singa, Pemburu dan Kilat.

Untuk renungan kita bersama.


Allahuakhbar.


Alkisah seekor rusa betina sedang sarat bunting.

Ketika hampir detik-detik kelahirannya, rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh di pinggir hutan yang berdekatan dengan sungai.


Tiba-tiba sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi !


Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering ini terbakar dahsyat karena percikan api dari petir tersebut.


Ketika rusa ini menoleh ke kiri, tampak seorang pemburu telah siap melesatkan anak panah ke arahnya.


Saat menoleh ke kanan, ia pun terkejut melihat seekor singa lapar yang siap menerkamnya.


Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain :


1. Mati dimangsa singa.

2. Mati terkena panah.

3. Mati terbakar.

4. Atau mati tenggelam karena melompat ke sungai.


Yg jelas ...

Bahaya mengancam dari berbagai penjuru dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari.


Lalu apa yang harus ia lakukan?

Bersedih dan merintih?


Menangis dan menjerit?

Atau ia harus berlari sementara kondisinya begitu lemah?

Atau menyerah pada keadaan?


Rusa pun pasrah. Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya.


Lalu apa yang terjadi?


Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu. Akhirnya panah yang dilesatkan pun meleset dan mengenai si singa lapar. Singa malang itu mati seketika.


Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut.


Pemburu lari mencari tempat berteduh dan tidak fokus lg kepada rusa tersebut.


Rusa pun melahirkan dengan selamat ! 


Sahabatku....


Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega.


Masalah di tempat bekerja,

masalah di dalam rumah, 

masalah di jalan, 

masalah dengan anak-anak kita semuanya datang bersamaan.


Seakan kamu tidak bisa lagi berbuat apa-apa..


Lalu apa yang harus dilakukan?

Jadilah seperti Rusa. Biarkan semuanya berjalan apa adanya.


Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan !

Selebihnya serahkan kpada ALLAH


Karena Allah lah yang mengatur jalan kehidupanmu..


Saudaraku...

Sungguh TUHAN  menyayangi hamba-NYA melebihi kasih sayang ibu pada anak2nya.


DIA lah yang akan menyelesaikan semua masalahmu dan menyembuhkan luka-lukamu.


Jangan berkata, ya Tuhan, "aku memiliki masalah yang besar…"


Tapi katakan, Hei masalah, aku memiliki ALLAH Yang Maha Besar!

Agama dan Akhlaq

Haritu sheikh sebut, 1 hadis pasal seorang wanita yang ingin memilih calon suami. “Apabila kamu redha dengan agamanya dan akhlaknya.”


Lalu sheikh tanya kami, “kenapa nabi sebut agama dengan akhlak itu diasingkan. Dan tak disebut salah 1 darinya. Apa ada perbezaan antara agama dan akhlak?”


“Adakah orang berakhlak itu tidak beragama ?”

“Adakah orang beragama itu tidak berakhlak ?”


Kami semua terdiam seketika. Sambil memikirkan jawaban. Dan termenung panjang sampaikan kesudah tak ada seorang pun mampu beri jawaban. 


Akhirnya, sheikh kata,


Ya memang ada perbezaan antara akhlak dan agama. Orang yang beragama tidak semestinya dia tu berakhlak. Dan orang berakhlak sudah pastinya dia beragama. 


Sheikh pun senyum. 

Dia sambung lagi dengan memberi contoh. 


Contoh begini mudah. Kamu seorang yang rajin solat. Rajin pergi jemaah di masjid. Kamu seorang yang bab agama memang mantap. Ilmu penuh di dada. Kelas pengajian semua kamu hadir. Tak ada miss langsung. 


Tapi bila sebut bab akhlak. Kamu tak setaraf dengan agama yang ada di dada kamu. 


Bila bercakap. Tinggi suara. Bila lambat sikit kamu marah marah. Bila tak puas hati sikit kamu lepaskan dengan pukul sana pukul sini. Semua hati yang ada disekeliling kamu jadi terguris. 


Jika tak kena dengan kehendak kamu. Kamu menghina. Mengherdik sampai dapat apa yang kamu nak. Kamu hempuk tangan kamu di meja tak puas hati dengan orang lain. 


Kami semua terdiam. Fokus dan cuba memahami. Sambil muhasabah aku termasuk juga ke dalam tu. Huhu. 


Sheikh sambung lagi. 

Kali ni dengan nada yang lembut sedikit.


Beza dengan orang berakhlak. Mereka ni, sangat baik. Bila bercakap lemah lembut. Bila tak puas hati tak marah marah. Tapi mudah memaafkan. Tak mudah naik angin nak marah marah.


Terus aku teringat 1 hadis lain. “Sebaik baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya.”


Dan aku juga terfikir mengapa ada ayat al-Quran yang menyebut Allah mengutuskan nabi itu kerana nak menyempurnakan akhlak. 


Mungkin jawaban sheikh tu telah menjawab semua soalan difikiran aku tu.


Pak Arab adalah contoh. Mereka sangat titikberatkan bab solat awal waktu. Agama mereka hebat. Kebanyakkan mereka hafiz 30 juz hatta’ yang berseluar jeans pun. Tetap seorang hafiz al-Quran. 


Tapi bila sebut bab akhlak. Mereka kurang. Bila sebut siapa yang mudah melenting marah. Kasar suara pada orang lain. Mereka lah yang terkehadapan. 


Dan itulah juga sebabnya Allah mengutuskan nabi di tanah Arab. Kerana nak perbaiki akhlak mereka. Ya lah mana tidaknya. Cuaca panas. 


Maka angin dalaman pun mudah naik. Suhu kereta mana tak naik kalau tiada penyejuk dengan air. Air itu adalah akhlak. 


Agama adalah enjin dalam kehidupan. Kalau tak ada enjin kita tak boleh bergerak. Begitulah juga akhlak. 


Kalau tak ada akhlak. Maka kita adalah insan yang lemah dan mudah marah. 


Sehinggakan ada hadis nabi sebut ringkas bab marah. Bila ada seorang sahabat minta nasihat dari nabi. Nabi Muhammad sebut ringkas. 


“Laa Taghdob!”


“Jangan lah kamu marah.” 3 kali nabi ulang ayat tersebut. 


Maka bagi sesiapa wanita di luar sana. Yang berkenan dengan seorang lelaki. 


Nasihat aku, kalian kena perhati betul betul mereka ni. Jika baik akhlak dan agamanya maka terimalah. Walaupun muka tidak seindah pelakon TV3 idaman kalian. 


Berapa ramai yang bercerai setelah menikah kerana duk tilik lelaki itu ada gaya ustaz. Ada serban di kepala. Ada rida’ di bahu.  Ada ilmu boleh baca kitab arab padu. 


Tapi akhlak ke laut. Tak boleh dibuat suami. Huhu. 


Semoga kita semua dapat memperbaiki akhlak dan agama dari hari ke hari sebelum kita menghadap Allah.


Nak ulang sebut hadis 

Rasulullah bersabda,


إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير


“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (HR. Tirmidzi.


Manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya. Allah Subhanahuwa Ta‘ala berfirman:


 إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ


Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.


 (Surah Ar-Ra’d: 11)


Aku yang menulis, 

#AhmadSobir

Hati Sentiasa Ingat Allah

Sesi 5min bersama Ustaz Mastura

30 Januari 2024

1. Dalam hidup, perkara yang paling utama ialah hati kita hendaklah sentiasa pada Allah.


2. Di mana2 sahaja, apabila individu bertemu, Rasulullah s.a.w. ajar kita untuk beri salam. Salam itu doa yang bermaksud “Ya Allah, selamatkan dia ini”. Mendengarkan itu, malaikat mendoakan selamat kepada kita. Tatkala salam disambut oleh rakan, bermakna doa untuk selamat diberikan pula kepada kita. Kali ini, malaikat mendoakan selamat kepada rakan tersebut pula. 


3. Allah yang memberikan kita rasa gembira di hati apabila berjumpa dengan seseorang. Yang memberi kita rasa tidak selesa/gembira apabila berjumpa seseorang juga adalah Allah. Jadi doalah moga Allah beri kita yang molek2, yang baik2. 


4. Apabila kembali ke rumah, berikan hati, halakan sepenuhnya pada Allah. Dia yang memberikan kita kegembiraan apabila berjumpa keluarga setiap hari di rumah; menyejukkan hati serta menyenangkan mata memandang. Sebab tu ada doa diajar dalam Quran, 

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Rabbana hab lana min azwajina wa dzurriyatina qurrata a'yun, waj'alna lil muttaqina imama." 

Ertinya: Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Furqan, 25: 74) 


5. Apabila makan, baca doa makan supaya berkat makanan dan dapat beri lebih manfaat kepada tubuh badan kita.


6. Bahaya paling besar dalam hidup adalah lupa kepada Allah. Jadi adalah penting untuk kita mendengar dan bercakap tentang kebesaran Allah setiap hari, supaya tidak lupa pada Allah. 


7. Hiduplah dalam rasa berTuhan di mana-mana. Maka tidak akan berlaku perkara yang tidak elok/negatif di pejabat seperti rasuah, curi tulang dan sebagainya. 


Letakkan hati sentiasa pada Allah. Lupa pada Allah, lupa jalan ke syurga.

CARA BERFIKIR SEEKOR KAMBING

SEORANG PENGGEMBALA kambing sedang duduk beristirahat sambil mengamati kambing-kambingnya yang sedang sibuk menikmati rerumputan di padang hijau yang luas.


Penggembala itu memegang sebuah rotan di sebelah tangannya yang tidak akan segan-segan dia gunakan untuk melibas kambing yang keluar dari kumpulannya. Bukan apa-apa, kambing yang memisahkan diri, nanti boleh tersesat dan membahayakan dirinya sendiri. 


Para kambing pun menunjukkan sikap yang berbeda-beda berkaitan dengan hal ini. Ia yang berfikir lebih cerdas, tidak akan berani pergi jauh-jauh dari kerumunan. Karena ia sudah pernah merasakan sebatan rotan si penggembala, dan tak mungkin ia mau merasakan kedua kalinya. 


Beberapa lagi suka melupakan kenyataan bahwa ia tak boleh menjauhi teman-temannya. Ketika ia melakukan hal tersebut, si penggembala akan melihatnya dan melibas satu kali kambing itu. 


Cukup satu kali, karena setelah itu ia ingat akan kesalahannya dan kembali kepada barisan yang benar. 


Namun ada pula jenis kambing ketiga, yang tidak juga mengerti apa yang harus ia lakukan. Ia tetap saja tidak dapat diatur. Setiap kali melanggar, pecutan rotan akan melayang di tubuhnya. 


Namun tetap saja ia melakukan kesalahan lagi dan lagi. Berkali-kali ditegur dengan rotan yang menyakitkan pun ia belum sadar juga. Barangkali kambing-kambing itu berfikir bahwa mereka adalah kambing dan memang seperti itulah seharusnya sikap seekor kambing. Entahlah. 


Difikir-fikir ada benarnya juga kalau yang berbuat seperti itu adalah kambing. Justru yang menjadi pertanyaan, jika pelakunya adalah MANUSIA. Mereka tahu hidupnya berkali-kali ditegur oleh Allah, namun belum sadar juga.


"Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih."

(Surat Asy-Syura: 42)


Azab atau hukuman sedianya Allah berikan pada hamba-Nya sebagai teguran. Mukmin yang cerdas, tidak akan berani melanggar aturan Allah. Kalau pun pernah mengalami teguran tersebut karena lupa, maka cukup satu kali setelah itu ia ingat akan kesalahannya dan kembali kepada jalan yang benar. 


Justru yang mengherankan adalah mereka yang tidak pernah boleh diatur meski sudah menerima teguran berulang-ulang. Padahal hanya kambing yang berfikir demikian, dan memang seperti itulah seharusnya sikap seekor kambing. Entahlah. 


Waktunya BANGUN dan BERUBAH dari tidur panjang kita!


Kredit: Ustadz Arafat 


#SantapanMinda&Hati

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02WLTcpc4qepoxfhTSduth79sJfKUYhiXdNyFncdySTnPqDMiRu97P6wvit6KBz29Wl&id=100064645391595&mibextid=Nif5oz

Bodohnya Kita

​Kita mengetahui bahwa sholat sunnah dua rakaat sebelum subuh lebih mulia daripada dunia dan isinya, Akan tetapi sayangnya kita mengabaikannya begitu saja tanpa pernah menyesalinya


Kita mengetahui bahwa sholat secara berjamaah itu akan mendapat lebih 27 derajat dibanding shalat sendirian, Akan tetapi ruginya kita masih saja enggan untuk shalat berjamaah di Masjid.


Kita mengetahui bahwa ucapan Subhaanallaahi wa bihamdihi sebanyak 100 x dalam sehari dapat menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayangnya berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.


Kita mengetahui bahwa pahala dua rakaat dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, Akan tetapi sayangnya hari berganti kita biasa saja tanpa mengerjakan sholat dhuha.


Kita mengetahui bahwa orang yang berpuasa sunnah karena Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api Neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Akan tetapi sayangnya kita begitu malas mengerjakan puasa sunnah.


Kita mengetahui bahwa siapa yang menjenguk orang sakit akan di doakan oleh 70.000 ribu Malaikat, akan tetapi sayangnya ketika mendengar saudara kita yang sakit, namun kita enggan pergi untuk mengunjunginya.


Kita mengetahui bahwa siapa yang membantu untuk pembangunan Masjid karena Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Akan tetapi sayangnya kita begitu pelit untuk membantu pembangunan Masjid.


Kita mengetahui bahwa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipat gandakan sepuluh kali. Akan tetapi sayangnya begitu banyak di antara kita yang malas untuk membaca Al-Qur'an.


Kita mengetahui bahwa Haji yang mabrur tidak ada balasan baginya kecuali syurga dan Allah akan diampuni dosa-dosanya. Akan tetapi sayangnya kita tidak bersemangat untuk melaksanakan Haji, padahal kita sudah mampu melaksanakannya.


Kita mengetahui bahwa sebaik-baik shalat setelah shalat wajib adalah shalat malam dan bahwasanya Rasulullah shallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan sholat malam meski di tengah segala kesibukan dan jihad. Akan tetapi sayangnya begitu banyak di antara kita melewati malam tanpa mengerjakan sholat malam.


Kita meyakini bahwa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan dan pada hari itu Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan membangkitkan kita semua. Akan tetapi sayangnya kita tidak pernah bersemangat mempersiapkan bekal untuk menghadapi hari itu.


Kita sering menyaksikan orang² yang kita kenal dan kita sayangi tiba² pergi meninggalkan dunia mendahului kita. Akan tetapi sayang kita masih saja lalai mengerjakan amal shalih, padahal kematian bisa datang kapan saja dan dimana saja.


Ya Allah... betapa bodohnya diri ini.

Ketika semua kesempatan dan amalan itu berlalu tanpa sedikitpun penyesalanku...


Betapa anehnya diriku ini yang senantiasa mengharapkan surga, akan tetapi realitanya aku seringkali tak bersungguh-sungguh untuk menggapainya.


Abdullah bin 'Aun rahimahullah berkata:


إنَّ مَـنْ كان قبْلنـَا كانوا يَجْعلُـونَ للـدنيا مـا فَضُـلَ عَـنْ ِآخـرتهـم، وإنّكـم تجعلـُون لآخـرتِكُـم مـَا فَضُـلَ عَـنْ دُنْيَاكـم


"Sesungguhnya orang-orang sebelum kita menjadikan bagi dunia apa yang tersisa dari urusan akhirat mereka, sedangkan sesungguhnya kalian menjadikan untuk akhirat kalian apa yang tersisa dari urusan dunia kalian." (Shifatush Shafwah, jilid 3, 101)


Semoga menjadi renungan bagi kita semua.

Barakallahu fiikum...


Sumber : miftahul Jannah (edit)

NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI

Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,

"Kenapa aku tak beramal banyak?"

.

Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal).

Kita berasa cemburu orang beramal.


Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.


Sembahyang (sunat):

1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat

2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat

3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)

4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat

5. Solat sunat Witir - 3 rakaat 


Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:

"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."


Akhir sekali, witir 3.

Semuanya 21 rakaat.

Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.


Kalau tak boleh, tak payah. 

Tidur je lah. 😁😅


Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?


1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."

2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.

Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?

Amalan kita.

Amalan kena sentiasa tambah. 

Tambah.

Tambah.


Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur. 

Mati tak tau bila.

Senang-senang mati.

Tak semestinya orang sakit itu mati.

Tak semestinya orang sihat tak mati.

Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.

Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.


Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.

Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.


Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.


Kita esok bila mati, biar senyum.


TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS

YouTube: 'Tanda-tanda Hampir Tibanya Ajal'

Al-Kahfi Production

8 Oktober 2018

Kebesaran Allah Mencipta Burung

Cuba kawan-kawan lihat ratusan butang dan skrin yang besar untuk dirujuk oleh juruterbang. Setiap satu butang ada fungsi tersendiri. Ia begitu kompleks hanya untuk bantu pesawat untuk navigate terbang sahaja!

Dan harga sebiji pesawat seperti dalam gambar Airbus-A380 ini kira-kira USD 200 juta! 


Macam mana la dorang boleh hafal fungsi butang ni semua. 

Nah, cuba kita bandingkan pula dengan saiz seekor burung pipit, burung helang, burung merpati, burung hantu dan burung enggang.

Mereka ada otak sebesar biji tembikai sahaja. Dan ianya cukup untuk lakukan proses pengiraan yang rumit ini dibuat!! 


Ia melibatkan kelajuan, ketinggian, muatan, berat, arah, kompas, timing, radar untuk mencari makanan dan melarikan diri daripada musuh. 

Dalam salah satu rancangan National Geographic yang saya tonton, seekor burung helang yang membuat ‘maneuver’ dari langit untuk tangkap ikan di laut boleh capai kelajuan 160 kilometer sejam! Dan ia tak terhempas!

Kita kalau naik motosikal, bawa kelajuan sama dan brek mengejut. Kalau tak terpelanting atau skidding memang tak sah. 


Tak cukup dengan itu, fikirkan pula cara burung buat ‘perfect landing’ ke dahan pokok dalam altitud kelajuan tinggi. Jarang pula burung terhempas langgar pokok atau terbabas ke tanah. 


Uniknya, burung-burung lakukan semua ini tanpa bantuan menara pengawasan, radio, satelit atau GPS! Masya Allah. Dan semestinya semakin kecil objek itu untuk mempunyai keupayaan seperti sebuah kapal terbang. 


Berapa juta agaknya nilai teknologi yang ada pada semua jenis burung itu. 


Kawan-kawan,


Allah Taala berfirman dalam surah Al Mulk (ayat-19):

https://quran.com/en/al-mulk/19

"Tidakkah mereka melihat burung-burung yang berada di atas mereka dengan sayap yang terbentang dan [kadang-kadang] berlipat-lipat? 


Tidak ada yang mengangkatnya kecuali Yang Maha Penyayang. Sesungguhnya Dia Maha Melihat dari segala sesuatu".

Allah Maha Berkuasa, Makhluk Tiada Daya Upaya.

Begitulah. 

Hafizul Hakim

Understanding Ourselves

According to Psychologists, there are four types of Intelligence: 


1) Intelligence Quotient (IQ)

2) Emotional Quotient (EQ)

3) Social Quotient (SQ)

4) Adversity Quotient (AQ)


1. Intelligence Quotient (IQ): this is the measure of your level of comprehension. You need IQ to solve maths, memorize things, and recall lessons.


2. Emotional Quotient (EQ): this is the measure of your ability to maintain peace with others, keep to time, be responsible, be honest, respect boundaries, be humble, genuine and considerate.


3. Social Quotient (SQ): this is the measure of your ability to build a network of friends and maintain it over a long period of time.


People that have higher EQ and SQ tend to go further in life than those with a high IQ but low EQ and SQ. Most schools capitalize on improving IQ levels while EQ and SQ are played down.


A man of high IQ can end up being employed by a man of high EQ and SQ even though he has an average IQ.


Your EQ represents your Character, while your SQ represents your Charisma. Give in to habits that will improve these three Qs, especially your EQ and SQ.


Now there is a 4th one, a new paradigm:


4. The Adversity Quotient (AQ): The measure of your ability to go through a rough patch in life, and come out of it without losing your mind.


When faced with troubles, AQ determines who will give up, who will abandon their family, and who will consider suicide.


Parents please expose your children to other areas of life than just Academics. They should adore manual labour (never use work as a form of punishment), Sports and Arts.


Develop their IQ, as well as their EQ, SQ and AQ. They should become multifaceted human beings able to do things independently of their parents.


Finally, do not prepare the road for your children. Prepare your children for the road.


Thanks for reading


YOUNG TREPS 

Business Management & Consulting

#youngtreps

Kisah Para Nabi

Bismillah.


Korang tahu x sapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir?


Nama dia Yusha' dia juga adalah anak murid Nabi Musa.


Korang tahu x matahari pernah berhenti?

Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha' as

Ketika menjelang mghrib.


Korang tahu x sape Qorun?

Qorun ni seorang yg kaya bijak lagi tampan

Dia jugak sepupu Nabi Musa


Korang tahu x apa yg mmbuat Qorun berpaling?

Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa.


Korang tahu x Qorun?

Dia mati bersama askar dan harta2 nya kerana menfitnah nabi musa berzina.

Dia ditelan bumi sikit demi sedikit.


Korang tahu x sape Firaun?

Firaun ni bapak angkat Nabi Musa

Suami wanita teragung dunia Asiah.


Korang tahu x asal nama Nabi Musa?

Nama Nabi Musa di ambil sempena nama pokok (mu) dan air (sa) 

Ketika di hanyutkan bekas itu tersangkut di situ(Sungai Nil). Di dalam istana firaun.


Korang tahu x Nabi Musa duk langit ke berapa?

Nabi Musa as diduk di langit yg ke 6


Korang tahu x Firaun?

Firaun pernah membina menara setinggi 15km

Semata2 utk tengok tuhan Nabi Musa.

Di sini lah dia mengaku dia Tuhan.

Surah An-nazi'at ayat 24.


Korang tahu x Firaun ni?

Di xpernah sakit xpernah bersin x pernah menguap.

Senang cite yang melemahkan ni semua dia xpernah rase.


Korang tahu x firaun pernah bertaubat?

Ketika di hampir tenggelam di laut merah, dan roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tak lagi diterima. 

Kerana taubat itu penyesalan, firaun taubat kerana takut.


Korang tahu x piramid di mesir?

Piramid tu kubur org2 kanan firaun.

Tu kubur. Agak2 rumah besar mane?

Allah tinggalkan sikit2 untik kita amik pngajaran.


Korang tahu kan firaun pernah mengaku dia tuhan.

Pada hari firaun mengaku dia tuhan, pengsan dan lari lah iblis dari berdamping dengan firaun kerana takut kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan.


Korang tahu x knapa iblis xpernah mengaku dia tuhan?

Surah al-a'rf ayat 12

Iblis tau Allah swt yang ciptakan dia (daripada api) mana mungkin dia nak mengaku dia tuhan.


Korang tahu x kenapa iblis x mintak hidup selama² nya?

Al hijr ayat 36

Iblis tahu perbendaharaan Allah. Iblis ni dulu alim, ahli ibadah. Dia ada ilmu.

Iblis yakin dunia akan kiamat. Sebab tu dia mintak tempoh smpai situ je. (hari kiamat)


Korang tahu x lepas iblis mintak tmpoh tu apa Allah buat?

Allah swt terus memperkenankan doa IBLIS ketika itu jugak.

Iblis ni musuh Allah dan manusia.


Dah kalau doa iblis di hari dia menderhakai Allah pon Allah perkenan.

Kita ni? manusia di tambahkan lagi umat kekasih Dia.

Antara umat yg paling Dia sayang mengatasi umat2 terdahulu..


Bakpe la yang malas sangat nak doa tu.

cukup dah ke apa yg Allah bagi harini smpai sombong sgt xnak mimtak dah.. 

Doa lah InsyaAllahh akan Allah perkenankan.

Doa ye kawan2..


Korang tahu x nabi Nuh?

Beliau adalah cicit nabi Idris


Korang tahu x nabi Nuh?

Beliau hidup 950 tahun

Surah al ankabut ayat 14


Korag tahu x nabi Nuh?

Beliau ada 4 org anak

Semua lelaki.


Korg tahu x nabi Nuh?

Beliau di tentang hebat oleh kaum dan juga ahli keluarga nya. Terutama dari isteri dan anak sulung.


Korang tahu x nabi Nuh? 

Allah sebut nama beliau 43x dalam al quran


Korg tahu x nabi Nuh?

Beliau antara nabi ulul azmi sebelum

Nabi Ibrahim as

Nabi Musa as

Nabi Isa as

Nabi Muhammad saw


Korg tahu x nabi Nuh?

Beliau pernah berasa malu kepada Allah.

Beliau hanya ada 83 org pengikut setelah berdakwah beratus ratus tahun.


Korg tahu x nabi Nuh?

Di sangat2 malu dan kesal kerana mendoakan kecelakaan untuk umat dia, umat yang ingkar arahan dia.

Surah Nuh ayat 26.


Korang tahu x nabi Nuh?

Syirik bermula sejak zaman beliau.

Surah Nuh ayat 23 dan 24


Mohon download apps 'Al Quran Melayu'

Dalam google apps. Sangat friendly user.

Senang nk semak surah2 di atas.


Jangan hanya ada game dan media social apps je.

Banyak sangat dah ni Allah bg nikmat.

Xperlu amik wuduk nk baca alquran


Surah ar rahman ayat 13

X takot ke Allah tanya?


Koran tahu x nabi Nuh?

Kaum dia yg ingkar Allah bala kan dgn banjir dan taufan. Dan akan di masukan ke dalam neraka.

Surah Nuh ayat 25.


Korang tahu mana nabi Nuh buat bahtera?

Surah Hud ayat 37

Allah mewahyukan kpda nabi Nuh akan perihal kapal tersebut.


Korang tahu x nabi Nuh?

Panjang kapal itu 1200 hasta

Lebar kapal itu 600 hasta

Mempunyai 3 dek atau 3 tingkat.


Korang tahu x nabi Nuh?

Tingkat pertama kapal di penuhi haiwan liar

Tingkat kedua utk nabi Nuh dan kaum nya

Tingkat ketiga utk burung² dan ungas²


Koran tahu x nabi Nuh?

Untuk beliau mengutuskan burung gagak untuk memeriksa keadaan bumi mase itu. Tapi gagak terlupa, kemudian nabi nuh mendoakan burung gagak itu akan terus di benci manusia.


Korg tahu x nabi Nuh utus burung apa lepas tu?

Beliau mengutuskan burung merpati. Merpati tadi bawak balik di paruh nye pohon zaiton di kaki nya pohon tinn.


Kemudian nabi nuh mendoakan merpati tadi agak di senangi oleh manusia.


Korang tau x nabi Nuh?

Percaya lah bumi yang korang pijak sekarang ni penah di banjiri air

Surah Nuh ayat 27 dan 28.


Amik la kisah² Al quran atau nabi utk di jd kan hero kepada anak2.

Ckup² cerita frozen mauna marvel utk di jadi kan bed time story.


Antara sikap imam al syafie ialah..      

Semakin aku tahu akan sesuatu ilmu.

Maka semakin itu aku berasa aku tidak tahu apa2..


Kredit : Muhammad Fikri

Kisah Dajjal

Satu demi satu.... Dan mereka semakin berani..apa kena mengena sukan dgn pemujaan lembu merah??


Hasbunullah wanikman wakil..


Bacalah kisah lembu merah di bawah. 


MUSA SAMIRI THE KINGLSAYER


Artikel ini adalah kisah penuh mengenai Dajjal itu sendiri dan penamat artikel mengenai pelbagai watak Dajjal sebelum ini. 


Dajjal adalah gelaran kepada Samiri yg bermakna menutupi atau deception.


Samiri digelar Al Masih Dajjal kerana dia menutupi kebenaran dengan kebatilan. 


Berdasarkan petunjuk dari Epic of Gilgamesh, kisah Nimrod, Horus, dan kisah Quetzalcoatl, Shih Huang Thi, Lord Pacal dan lain-lain. 


Disimpulkan bahawa Dajjal sudah wujud sekian lama sebelum kelahiran dan kenabian Musa AS dan Muhammad SAW berdasarkan kod-kod sejarah yang ditinggalkannya.


Dajjal dirantai dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul.


Dia hanya dirantai semasa zaman Nabi Muhammad kerana untuk menjauhkan dakwah Nabi daripada fitnah Dajjal.


Dan kemudian dibebaskan semula setelah kewafatan baginda.


ASAL-USUL MUSA SAMIRI 


Keluarga Samiri berasal dari sebuah negeri yang bernama Samirah atau disebut Sodom dan Gomorrah dalam Book of Genesis.


Negeri kecil ini terletak di tanah Canaan (Palestin) dalam garis masa tamadun Mesopotamia iaitu sekitar era Empayar Sumeria dan Babylon.


Sebab itu dalam artikel yang lepas Dajjal dikaitkan dengan Gilgamesh dan Nimrod kerana ketiga-tiga mereka berasal dari tamadun yang sama. 


Nama negeri Samirah ini berasal dari nama salah seorang anak kepada Nabi Nuh as iaitu Sam Bin Nuh.


Penduduk di negeri ini berasal dari keturunan susur galur Sam Bin Nuh selepas peristiwa banjir besar yang melanda dunia sewaktu zaman Nabi Nuh as.


Pada zaman Sodom dan Gomorrah ini, mereka telah mengamalkan cara kehidupan yang melazimi perbuatan maksiat seperti liwat dan seks bebas. 


Mereka juga turut mengagungkan patung anak lembu sebagai dewa dan tuhan. 


Ibu bapa Samiri merupakan golongan penyembah patung anak lembu yang pada ketika itu adalah agama berhala bagi bangsa yahudi sejak sebelum dari kelahiran Nabi Musa as lagi. 


Asal-usul keturunan bapanya ialah dari seorang ahli sihir yahudi yang dikenali dengan nama 'Syaqq', manakala ibunya pula adalah dari kalangan bangsa jin kelas atasan. 


Kelahiran Samiri bermula dari cara permulaan benih ibu dan bapanya bercantum. 


Ibu dan bapa Samiri adalah hasil dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram. 


Pada malam kelahiran Samiri, ibu bapanya telah menyerahkan kehidupan mereka kepada syaitan dengan membawa seekor lembu betina yang telah disembelih untuk mendapatkan restu dari patung anak lembu.


Ibu bapa Samiri telah melakukan upacara penyembahan dan berdoa kepada patung anak lembu tersebut supaya dikurniakan seorang anak lelaki. 


Lalu patung anak lembu tersebut memberikan beberapa syarat-syarat aneh yang perlu di penuhi jika mereka menginginkan seorang anak lelaki.


Mereka dikehendaki menyediakan korban berupa seekor lembu betina dan diletakkan dihadapan patung anak lembu tersebut serta di suruh melakukan hubungan kelamin sewaktu si isteri sedang haid. 


Oleh kerana terlalu menginginkan seorang anak lelaki, mereka hanya menuruti sahaja apa yang telah diarahkan oleh patung anak lembu tersebut yang sebenarnya adalah jelmaan Lucifer.


Maka Lucifer pun turut serta bersama si suami setiap kali dia bersetubuh dengan isterinya. 


Maka bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh dengan kedengkian dari jin. 


Setelah 30 tahun menanti, maka lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama Musa Samiri, seperti mana yang telah tercatat dalam hadis Rasulullah Saw.


Dari hasil kelahiran dengan jalan yang kotor kerana melakukan hubungan sesama mahram pada ketika ibu kepada Samiri sedang haid, menjadikan Samiri sebagai manusia yang cacat dengan matanya buta sebelah. 


Inilah asal usul kisah Horus yang dikaitkan dengan “mata satu” dan menganggap dirinya tuhan yang akan kembali ke dunia.


Sejak dari kelahirannya, Samiri tidak mahu menyusu dan sentiasa tidur sepanjang hari hingga mengakibatkan payudara ibunya mengalami pembengkakkan dan menimbulkan rasa panas yang luar biasa. 


Berbagai-bagai cara, ikhtiar dan usaha telah dilakukan tetapi hampa dan sia-sia. 


Hal ini telah menjadi buah mulut penduduk negeri Samirah dan membuatkan ibu bapa Samiri menjadi semakin tertekan dengan keadaan tersebut. 


Manakala Lucifer pula meneruskan perancangannya dengan menculik Samiri dan meletakkannya di bawah patung anak lembu tersebut. 


Ia adalah propaganda Lucifer untuk menjadikan penduduk negeri Samirah begitu terpegun dengan Samiri apabila melihat ia berada di bawah patung anak lembu penyembahan mereka itu. 


Sehinggakan mereka telah mencatatkannya di dalam sebuah manuskrip lama :


"Anak itu memang benar-benar dari keturunan Samirah, tanda isyarat bagi negeri Sam (bukan Syam), kerana Nabi Sam Bin Nuh as adalah pendiri gerakan negeri Samirah setelah terjadinya peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu. Ketika Nabi Sam Bin Nuh as masih kecil, ia tidak banyak bergerak, sehingga ia telah didatangi oleh malaikat yang telah mengajarnya bagaimana cara untuk menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Sam."


SAMIRI DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL AS.


Selepas Sodom dan Gomorrah dihancurkan dengan gempa bumi dan banjir besar, Samiri telah diselamatkan oleh Malaikat Jibrail atas arahan Allah SWT.


Samiri diletakkan di dalam sebuah gua di sebuah pulau terpencil di laut Syam. 


Di dalam gua itulah Malaikat Jibril bersama-sama dengan seekor makhluk yang berbulu tebal bernama Al-Jassasah telah memelihara Samiri di atas perintah Allah Swt. 


Di pulau tersebut, tabiat Samiri masih tetap sama seperti sebelumnya iaitu senantiasa tidur siang dan malam. 


Dia hanya terjaga untuk makan dan minum saja. 


Pada ketika umurnya telah mencapai lapan tahun, kedua-dua matanya mulai terbuka. 


Mulai saat itu dia tidak sering tidur dan hanya tidur seperti kebiasaan manusia biasa. 


Di waktu ini, dia sudah mampu berdiri, bergerak dan berfikir.


Pada suatu hari, Samiri telah keluar berjalan-jalan mengelilingi sekitar pulau tempat tinggalnya itu. 


Dia merasa kagum dan terasing dengan keindahan semulajadi pulau tersebut, namun ia sentiasa berwaspada. 


Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh berhati-hati. Ketika sedang merayau-rayau di pulau tersebut, dia telah bertemu dengan Al-Jasassah.


Pada mulanya, Samiri merasa takut pada Al-Jassasah, tetapi Al-Jasassah kemudian mengajaknya untuk berbicara :


"Engkau adalah seorang anak kecil yang telah diselamatkan oleh Malaikat Jibril as di atas perintah Allah Swt daripada malapetaka banjir besar akibat dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah iaitu tempat di mana engkau dilahirkan telah dilanda malapetaka tersebut. Engkau telah di bawa oleh Malaikat Jibril as ke sini. Malaikat itulah yang telah menjaga makan dan minum engkau dengan izin Allah Swt. Aku pula telah diperintahkan untuk mengawasimu dan memberitahu bahawa engkau adalah seorang anak yang disayangi oleh Allah Swt dan diberikan kebebasan di dalam memilih jalan hidupmu. Jika engkau mengikuti jalan Malaikat Jibril as dan para Nabi, maka engkau akan menjadi seorang hamba yang dimuliakan dan seorang raja yang hebat di muka bumi ini.Tetapi jika engkau mengikuti jalan yang dipilih oleh iblis dan syaitan, maka engkau akan menjadi seorang penderhaka yang akan dikutuk oleh makhluk di langit dan seisi bumi kerana engkau akan berbuat kerosakan dan kejahatan yang sangat besar dan tiada taranya."


Kemudian Samiri di bawa oleh Al-Jasassah ke suatu tempat di pulau tersebut. 


Tempat tersebut terdapat banyak batu-batuan yang tertera tulisan di atasnya. Kemudian Al-Jasassah berkata:


"Ini telah ditulis sendiri oleh Malaikat Jibril as dan merupakan pedoman hidup untuk engkau. Maka, janganlah engkau melencong dari pedoman-pedoman ini kerana ia akan menyebabkan engkau akan menjadi seorang manusia yang derhaka."


Samiri kemudian melihat di tepi sebuah batu besar yang ketujuh, iaitu batu yang paling besar di antara batu-batu lain yang telah di tulis oleh Malaikat Jibril as, lalu menghampirinya. 


Di situ, dia terjumpa segumpal zat/materi yang merupakan sisa bahan penulisan Malaikat Jibril as yang di bawa dari syurga. 


Samiri memegang zat tersebut dan bermain-main dengannya dan ia mendapati bahawa zat tersebut sangat ajaib kerana mampu menghidupkan kembali untuk sejenak, haiwan yang sudah mati.


Zat inilah yang kelak akan digunakan oleh Dajjal sehingga mampu menghidupkan makhluk yang sudah mati.


SAMIRI MENGEMBARA KE DUNIA LUAR.


Selama dia tinggal di pulau tersebut, Samiri telah banyak mempelajari ilmu-ilmu Tauhid dan ilmu-ilmu pengetahuan lain dari Al-Jasasah dan Malaikat Jibril as. 


Di antara ilmu pengetahuannya ialah setiap benda yang disentuh oleh malaikat Jibril as akan hidup, seolah-olah ada rohnya dan kerana itulah Malaikat Jibril as digelar sebagai 'Ruhul Quddus' atau 'Ruhul Amin'. 


Sehingga pada suatu waktu, Samiri telah keluar merantau keluar dari pulau tersebut dengan menumpang sebuah kapal yang kebetulan telah berlabuh di pulau itu.

 

Maka sejak dari saat itu, Samiri mula mengenali masyarakat dunia. Dia mula mengembara, menjelajah ke pelbagai tempat dengan tujuan untuk mencari dan mengumpulkan pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia. 


Oleh kerana daya pemikirannya yang sangat genius yang telah di anugerahkan oleh Allah Swt, Samiri mampu mempelajari sesuatu perkara itu dengan cepat. 


Kepandaian serta kemahirannya di dalam pelbagai bidang juga semakin meningkat, malah dia juga mudah menyesuaikan dirinya dengan suatu lingkungan baru.


Pengalaman yang telah di laluinya itu telah menjadikan Samiri seorang manusia yang misteri, pintar dan mempunyai kepakaran di dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya.


Setelah sekian lama dia mengembara melihat dunia luar, terlintas difikirannya untuk pergi ke negeri tempat kelahirannya. 


Lantas dia pun membuat persiapan untuk belayar pergi menuju ke negeri Samirah. 


Semasa dalam perjalanannya itu, Samiri telah singgah sebentar ke pulau tempat dia pernah diasuh oleh Al-Jasassah dan Malaikat Jibril as. 


Setelah dia tiba di pulau tersebut, Samiri terus melangkah menuju ke tempat batu-batu di mana Al-Jasassah pernah membawanya ke situ semasa kecilnya dulu. 


Samiri lantas mengambil segumpal Zat/Materi yang merupakan sisa bahan penulisan peninggalan Malaikat Jibril as. 


Al-Jasassah yang pada ketika itu berada tidak jauh dari tempat Samiri berada, hanya berdiam diri dan memerhatikan saja tindak-tanduk perlakuan Samiri itu. 


Samiri kemudiannya melanjutkan perjalanannya menuju ke negeri tempat kelahirannya.


Setelah beberapa hari lamanya mengharungi lautan, ia berlabuh di salah satu lembah di Palestin yang tersembunyi. 


Kemudian ia meneruskan perjalanannya ke kampung halamannya iaitu negeri Samirah dengan menaiki seekor unta yang dibelinya. 


Apabila dia tiba di negeri Samirah, dia mendapati negeri tersebut telah hancur binasa. 


Ketika sedang meninjau-ninjau di kawasan tersebut, Samiri telah bertemu dengan beberapa orang yang usianya telah lanjut yang bernama Al-Jalil dan Al-Arbad. 


Mereka bercerita mengenai kisah seorang anak kecil yang telah di ambil oleh Dewa. 


Ada juga yang menceritakan kisah anak kecil yang diculik oleh Malaikat ketika terjadinya bencana banjir besar yang telah menghancurkan negeri Samirah. 


Samiri mengetahui bahawa kisah anak kecil yang diceritakan oleh mereka itu adalah dirinya.


Setelah beberapa tahun tinggal di Palestin, Samiri meneruskan pengembaraannya ke Mesir. 


Di sepanjang perjalanannya, Samiri selalu datang pada setiap zaman dan tamadun untuk menyesatkan umat manusia.


Samiri adalah manusia Immortal seperti yang disebut dalam Epic of Gilgamesh, dia tidak pernah tua dan di mamah usia. 


Itulah salah satu di antara kelebihan yang telah diberikan oleh Allah Swt kepada Samiri. 


Dan kerana kelebihan ini membuatkan Samiri mula menjadi angkuh dan merasakan dirinya layak untuk menjadi tuhan.


Ini kerana dia merasakan dirinya lebih cerdas daripada setiap manusia lain, bahkan baginya rohnya adalah roh dewa.


Selain dari menggembara ke tamadun lain, satu perkara penting yang berlaku padanya adalah penemuan Samiri terhadap kawasan segitiga bermuda yang didiami oleh Lucifer. 


Di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia. 


Sebab mengapa Samiri memilih segitiga bermuda ini ialah kerana Samiri sudah mahir akan selok-belok lautan sejak sekian lamanya. 


Tambahan pula, Samiri memang tinggal dan membesar di sebuah pulau kecil yang jauh terpencil dari tanah besar.


Samiri juga dilihat berjaya membina suatu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yang dipilihnya itu sudah pun dipelopori oleh Lucifer. 


Samiri telah membina suatu penempatan yang penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. 


Proses pembinaan itu telah dibantu oleh para jin dan syaitan itu sendiri. 


Ketika di Mesir, Samiri telah melihat pelbagai perkara dan peristiwa termasuklah mukjizat-mukjizat Nabi Musa as. 


Di antaranya ialah peristiwa ketika Nabi Musa as membelah Laut Merah dengan tongkatnya semasa ia diburu oleh firaun dan bala tenteranya. 


Pada ketika itu Nabi Musa as tidak menyedari bahawa salah seorang daripada pengikut yang menyertai rombongannya ketika itu adalah Samiri. 


Ketika sedang melalui belahan Laut Merah tersebut, Samiri telah terlihat suatu 'lukisan-lukisan aneh' yang terdapat pada dinding-dinding belahan Laut Merah tersebut.


'Lukisan-lukisan aneh' tersebut adalah 'lukisan-lukisan' peninggalan bangsa-bangsa jin (Demon) yang telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. 


Bermula daripada situlah Samiri telah mengenali suatu bangsa yang mampu memberikan bantuan kepadanya yang tidak mampu diberikan oleh manusia biasa.


SAMIRI DI ZAMAN NABI MUSA AS.


Ketika Nabi Musa as dan para pengikutnya telah selamat dari buruan firaun dan bala tenteranya, mereka pun meneruskan perjalanan dan tiba di Gunung Thursina. 


Kemudian Allah Swt telah mewahyukan kepada Nabi Musa as agar berangkat ke Puncak Gunung Thursina kerana di sana Allah Swt akan menurunkan Syariat-Nya dan kitab Taurat kepada Nabi Musa as, kitab yang berisi petunjuk dan bimbingan bagi kaum bani Israel. 


Nabi Musa as pun bersiap untuk pergi ke puncak Gunung Thursina seperti yang telah diarahkan. 


Sebelum berangkat, Nabi Musa as berwasiat kepada saudaranya Nabi Harun as agar menjaga bani Israel selama pemergiannya. 


Nabi Musa as berjanji kepada kaum bani Israel yang ditinggalkan di bawah pimpinan Nabi Harun as bahawa baginda tidak akan meninggalkan mereka lebih dari tiga puluh hari. 


Akan tetapi Allah Swt telah memerintahkan kepada Nabi Musa as supaya berpuasa selama sepuluh hari lagi di puncak gunung tersebut. 


Maka Nabi Musa as tidak dapat menepati janjinya kepada kaum bani Israel untuk kembali kepada mereka di dalam waktu seperti yang telah dijanjikannya.


Bani Israel mula merasa kecewa dan kesal kerana Nabi Musa as masih belum kembali kepada mereka seperti yang telah dijanjikan oleh Nabi Musa as. 


Mereka melontarkan kata-kata seolah-olah Nabi Musa as telah meninggalkan mereka dalam kegelapan dan dalam keadaan yang tidak menentu. 


Mereka merasakan seolah-olah telah kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak memberikan bimbingan dan petunjuk kepada mereka. 


Dalam keadaan tidak berpuas hati dan bingung yang sedang meliputi kelompok bani Israel itu, ianya telah digunakan oleh Samiri sebagai suatu kesempatan yang baik untuk menyebarkan benih syiriknya dan merosakkan akidah para pengikut Nabi Musa as yang baru sahaja menerima ajaran Tauhid dan beriman kepada Allah Swt. 


Samiri menghasut mereka dengan mengatakan bahawa Nabi Musa as telah tersesat dalam tugasnya untuk mencari Tuhan bagi mereka dan dia tidak akan kembali lagi. 


Kemudian Samiri telah menganjurkan kepada mereka agar mencari tuhan yang lain sebagai ganti kepada Tuhan Nabi Musa as. 


Samiri melihat bahawa hasutannya itu dapat menggoyahkan iman dan akidah para pengikut Nabi Musa as yang belum benar-benar meresapi ajaran Tauhidnya.


Samiri pun segera membuat sebuah patung anak lembu untuk di sembah oleh kaum bani Israel sebagai tuhan, pengganti Tuhan kepada Nabi Musa as. 


Patung anak lembu tersebut diperbuat dari emas yang telah dikumpulkannya dari perhiasan-perhiasan para wanita yang ada pada kaum bani Israil. 


Dengan kemahirannya di dalam bidang pengukiran, patung anak lembu tersebut dibuat dengan begitu teliti sehingga dapat mengeluarkan suara menguap seakan-akan anak lembu yang hidup. 


Kemudian Samiri berkata kepada mereka :


"Ini adalah tuhan kalian dan juga tuhan kepada Musa." 


Oleh kerana begitu tertarik dengan patung anak lembu tersebut serta kagum pada Samiri yang petah dan pandai bermain dengan kata-kata, hampir seluruh kaum bani Israel yang masih lemah iman dan akidahnya itu telah terpedaya dan lupa akan pesanan Nabi Musa as untuk kekal dan tidak menyembah selain daripada Allah yang maha Esa.


Manakala Nabi Harun as pula tidak mampu untuk menghalang dan menangani akan kedegilan dan sikap keras kepala kaumnya yang telah kembali menjadi murtad itu, kerana baginda berasa bimbang jika baginda menangani mereka dengan cara yang keras, akan terjadi perpecahan di antara mereka dan ini akan membuatkan keadaan menjadi lebih rumit dan akan menyukarkan baginya dan Nabi Musa as kelak untuk mencarikan jalan penyelesaian dari krisis keimanan yang melanda kaumnya itu.


Maka ia hanya memberikan peringatan dan nasihat kepada mereka sementara menanti kepulangan Nabi Musa as dari Gunung Thursina.


Dalam pada itu, Nabi Musa as yang telah selesai bermunajat kepada Allah Swt dan sedang dalam perjalanan pulang, telah mendapat isyarat mengenai Nabi Harun as yang sedang menghadapi masalah bersama kaumnya itu selama pemergiannya.


Nabi Musa as berasa amat sedih sekali dan kemudian menjadi sangat marah tatkala tiba, baginda melihat kaumnya sedang berpesta mengelilingi, menyembah serta memuji-muji patung anak lembu emas tersebut.


Nabi Musa berasa sangat marah dengan Samiri yang menjadi punca kesesatan Bani Israel lalu menghalau Samiri keluar dari Mesir.


Akhirnya kaum Nabi Musa as itu sedar di atas segala kesalahannya dan mengakui bahawa mereka telah disesatkan oleh syaitan dan memohon ampun dan rahmat Allah Swt agar selanjutnya melindungi mereka dari godaan syaitan dan iblis yang akan merugikan mereka di dunia dan akhirat.


Selepas diusir dari Mesir, Samiri pun mengembara sendirian ke pelbagai negeri, mempelajari bahasa-bahasa dan tulisan-tulisan setiap masyarakat yang ada di dunia ini, mengumpulkan ilmu-ilmu pengetahuan kuno yang kini dianggap telah musnah. 


Dia mengharungi zaman Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as sehinggalah sampai ke zaman Nabi Isa as. 


Pada zaman Nabi Isa as juga, dia turut di usir oleh Nabi Isa as. Namun Samiri berjaya menyesatkan segolongan umat Nabi Isa as.


Samiri memainkan peranan sebagai Judas Iscariot yang disalib dan seterusnya jadi batu loncatan untuk mewujudkan watak Jesus.


Kemudian Samiri pun meneruskan pengembaraannya dengan menjelajahi lautan, tanah-tanah tandus, padang pasir dan kota-kota. 


Dia juga telah bergaul dengan pelbagai jenis kehidupan dan makhluk-makhluk hidup, mempelajari berbagai-bagai pengalaman tanpa batas. 


Namun, setelah sekian lama dia mengembara sehingga beratus-ratus tahun lamanya, bentuk fizikalnya tetap muda seperti seorang lelaki yang berusia 30 tahun, meski pun usianya telah mencecah ribuan tahun.


Semakin lama Samiri mula menjadi semakin taksub dengan pemikiran untuk menguasai dunia. 


Tetapi sebelum itu dia merasakan perlu untuknya kembali terlebih dahulu ke pulau tempat dia dibesarkan untuk berfikir, merancang dan menyusun agendanya untuk menguasai seluruh negeri di dunia ini.


SAMIRI DI RANTAI DAN DI KURUNG DI DALAM GUA DI SEBUAH PULAU.


Setelah berkelana ke pelbagai tempat selama ribuan tahun, akhirnya Samiri pulang semula ke pulau di mana dia pernah di asuh oleh Al-Jasassah dan malaikat Jibril. 


Tetapi apabila dia berlabuh dan berjalan menuju ke arah gua tempat dia diasuh dahulu, Al-Jasassah bersama-sama dengan dua puluh makhluk lain telah menghalang jalannya. 


Di tangan mereka terdapat rantai besi waja yang tampak jelas bukan buatan dunia.


Samiri yang pada ketika itu sedang menggigil ketakutan, bertanya kepada Al-Jasassah : 


“Siapakah mereka? Bagaimanakah mereka dapat sampai ke sini?" 


Al-Jasassah menjawab : 


“Wahai manusia yang paling bodoh! Engkau telah mensia-siakan dua kesempatan yang telah diberikan kepadamu iaitu kesempatan untuk bertaubat ketika pertemuan mu dengan Nabi Musa as dan Nabi Isa as, dan tidak tersisa bagimu kecuali janji yang terakhir itu."


Janji terakhir itu adalah pesan Malaikat Jibril as seperti yang tertulis pada batu yang ketujuh untuk Samiri :


"Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang telah dibawa kepadamu oleh seorang Nabi yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad Saw, yang akan datang menjelang akhir zaman. Jika engkau beriman dan meyakini apa yang kami imani, maka Allah Swt akan mempermudahkanmu untuk mengimani penutup para Nabi. Dia bernama Muhammad Al-Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul ditengah-tengah kaum yang buta huruf. Dia akan berhijrah ke tempat-tempat yang banyak ditumbuhi dengan pohon-pohon kurma dan yang mempunyai banyak mata air serta sumur tawarnya dengan tanah subur. Jika engkau mendustakan Nabi yang mendahului Muhammad, maka Allah Swt akan menutup pintu hatimu dengan selubung hitam. Hatimu akan menjadi cenderunh kepada kejahatan dan tidak dapat melihat cahaya. Akalmu hanya akan melihat dirimu sendiri saja seperti iblis yang terkutuk dan engkau pun akan menjadi teman akrabnya. Jika engkau tidak mempercayai akan kewujudan Allah Swt dan para malaikat-Nya serta para Rasul-Nya, maka engkau akan dimasukkan ke dalam penjara seribu tahun lamanya. Engkau hanya akan dibebaskan pada ketika Nabi Muhammad Saw telah Wafat."


Ketika Samiri tersedar daripada pengsannya, dia mendapati dirinya telah berada di dalam gua dan Al-Jasassah sedang berada dihadapannya. 


Manakala kedua-dua tangan dan kakinya terbelenggu dengan rantai yang sangat panjang bagi memudahkan dia bergerak, duduk, berdiri, berjalan dan membuang air berhampiran telaga yang telah disiapkan untuknya. 


Al-Jasassah bersungguh-sungguh untuk memastikan kebersihan dan mengurus badan Samiri. 


Manakala Samiri pula diliputi dengan ketakutan yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. 


Samiri belum pernah melihat belenggu yang sedang mengikatnya bahkan ketika di dalam penjara firaun dan kerajaan lain yang pernah dikunjungi semasa pengembaraannya.


Kemudian Al-Jasassah berkata lagi :


“Engkau adalah manusia akhir zaman, raja segala kejahatan di masa hadapan yang dikutuk oleh seluruh penghuni langit dan bumi. Engkau telah dianugerahkan oleh Allah Swt dengan kekuatan dan kecerdasan yang tiada tandingannya serta diberikan kebebasan di dalam memilih jalan hidupmu. Tetapi inilah jalan yang telah engkau pilih. Sekarang engkau berada di zaman penutup para Nabi, iaitu kekasih Allah Swt, Nabi Muhammad Saw. dia telah lahir beberapa hari yang lalu ketika engkau berada ditengah-tengah lautan. Engkau kini berada dipenghujung zaman di muka bumi ini. Janji Allah Swt itu telah datang tepat pada masanya. Engkau tidak akan terlepas dari rantai yang sedang membelenggumu kecuali setelah wafatnya Nabi Muhammad Saw. Tanda-tanda keluarmu sebagai manusia paling sombong di dunia ini adalah keringnya pohon-pohon kurma Baisan, berkurangnya air Tasik Tiberias, keringnya mata air Zughar dan banyak terjadinya malapetaka dan gempa bumi yang dahsyat sebelum keluarnya musuh-musuhmu yang akan memarahimu dan memerangimu."


Sambil berusaha melepaskan diri dari belenggu yang sedang mengikatnya, Samiri berkata :


“Bagaimana aku dapat meyakini bahawa segala perkataanmu itu adalah benar? Sungguh aku ingin keluar dari sini untuk memerintah dunia. Dunia tidak ada rajanya kecuali aku, sedangkan engkau berterusan menghalangi aku. Aku adalah manusia paling tua di dunia ini kerana waktu tidak berpengaruh kepadaku. Seluruh dunia disekitarku telah berubah, tetapi aku tidak pernah berubah, tidak pernah tua dan tidak beruban. Segala sesuatu disekitarku tunduk kepadaku. Aku adalah anak dewa!"


Al-Jasassah menjawab :


“Engkau bersabar atau pun tidak, janji Allah Swt itu pasti benar. Engkau akan dilaknat dan dilemparkan ke dalam neraka seperti iblis dan syaitan yang terkutuk, yang telah diperingatkan kepadamu melalui tulisan-tulisan Malaikat Jibril as untukmu."


KISAH TAMIM AD-DARI BERTEMU DENGAN DAJJAL.


Agar lebih jelas mengenai hal-hal yang berkaitan dengan Dajjal Samiri ini, berikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Fatimah Binti Qais ra. 


Di dalam riwayat tersebut telah dinyatakan bahawa ia berkata :


"Aku mendengar Rasulullah Saw menyeru : Solat jemaah! Solat jemaah." (panggilan waktu solat). 


Fatimah Binti Qais melanjutkan : 


“Maka aku pun pergi ke masjid dan solat jemaah bersama dengan Rasulullah Saw dan para jemaah yang lain, dan aku berada pada saf pertama para wanita. Setelah selesai menunaikan solat, Rasulullah Saw pun duduk di atas mimbar. 


Kemudian baginda berkata : 


“Hendaklah masing-masing tetap di tempatnya! Tahukah kalian mengapa aku mengumpulkan kalian semua? " 


Para sahabat menjawab : 


“Allah Swt dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”


Kemudian baginda bersabda : 


“Bukan kerana suatu khabar gembira dan bukan pula kerana suatu ancaman. Tetapi kerana Tamim Ad-Dari yang pada asalnya adalah seorang nasrani lalu dia datang menyatakan akan keIslamannya dan menceritakan kepada aku tentang kejadian yang sesuai dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian semua tentang al-masih ad-dajjal. Dia menceritakan kepada aku bahawa dia telah pergi berlayar bersama-sama dengan tiga puluh orang dari Lakhm dan Juzam. Ketika di dalam perjalanan, suatu ombak yang besar telah membuatkan mereka terombang-ambing di lautan sehingga sebulan lamanya dan akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau di arah timur matahari. Mereka pun turun dan duduk beristirahat berhampiran kapal mereka dan kemudian memasuki pulau tersebut. Di pulau tersebut mereka telah bertemu dengan seekor makhluk melata yang dipenuhi dengan bulu yang tebal sehinggakan mereka tidak tahu yang manakah bahagian hadapan dan yang manakah bahagian belakangnya.


Kemudian mereka bertanya : 

“Makhluk apakah engkau ini?"


Al-Jassasah pun menjawab : 

“Aku adalah Al-Jasassah."


Mereka bertanya lagi :

“Apakah itu Al-Jasassah?"


Tetapi Al-Jassasah tidak menjawab pertanyaan mereka itu. Kemudian AlJassasah berkata : 


“Pergilah kalian menemui seorang lelaki yang ada di dalam gua besar di sana, kerana dia sangat ingin mendengarkan berita dari kalian."


Tamim berkata : 

“Ketika dia menyebut nama seorang lelaki, kami merasa takut apakah makhluk itu adalah syaitan. Maka kami pun bergegas pergi ke arah yang telah ditunjukkan oleh Al-Jasassah, dan kami menemui sebuah gua besar lalu masuk ke dalamnya. Di situ ada seorang manusia yang paling besar dan gagah yang belum pernah kami lihat. Kedua-dua tangannya terbelenggu ke lehernya di antara kedua-dua lutut dan sikunya. 


Lalu kami pun bertanya kepadanya : 

"Celakalah engkau! Makhluk apakah engkau ini?"


Samiri itu menjawab : 

“Kalian mampu menemuiku. Sekarang beritahulah aku siapakah kalian ini!"


Mereka (Tamim dan rombongan) menjawab: 


“Kami adalah orang-orang arab. Ketika kami sedang berlayar di tengah-tengah lautan, tiba-tiba berlaku ombak kuat dan kami pun terumbang-ambing selama sebulan sampai akhirnya kami tersadai di pulau ini. Kami pun merapat dan memasukinya. Tiba-tiba kami bertemu dengan seekor makhluk yang berbulu tebal sehingga sukar bagi kami untuk mengetahui yang mana satu bahagian hadapan dan belakangnya. Makhluk itulah yang telah menyuruh kami datang ke sini bertemu dengan engkau.”


Kemudian Samiri berkata : 

“Beritahu kepadaku tentang kebun Kurma Baisan!"


Mereka bertanya :

“Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"


Samiri itu berkata : 

“Tentang pohon-pohon kurmanya, apakah ianya masih berbuah?"


Mereka berkata: "Ya."


Kemudian Samiri itu berkata : "Ketahuilah bahawa pohon-pohon kurma itu akan hampir kering dan tidak akan berbuah lagi.”


Kebun Kurma di wilayah Baisan atau Beit She’an, North District Israel. Dahulu Baisan adalah sebuah wilayah yang subur dengan tanaman kurma yang sangat banyak dan berbuah cukup lebat. Namun, dalam dua tahun ini, pokok-pokok kurma di Baisan tidak lagi mengeluarkan buah.


Samiri bertanya lagi : 

“Sekarang, ceritakan kepadaku tentang Tasik Tiberias!"


Mereka bertanya: 

"Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"


Samiri itu bertanya: 

“Apakah di sana masih ada airnya?"


Mereka pun menjawab: 

“Tasik itu memang banyak airnya."


Kemudian Samiri itu berkata :

"Ketahuilah bahawa airnya tidak lama lagi akan mengering.”


Tasik Tiberias atau juga disebut sebagai Sea of Galilee merupakan tasik air bersih yang terletak di Utara Palestin, bersebelahan sempadan Syria dan Jordan. 


Menerima punca air utama daripada Sungai Jordan selain dari Bukit Golan dan punca bawah tanah. Dan menjadi bekalan air bersih kepada penduduk negara haram Israel terutamanya Tel Aviv.


Samiri bertanya lagi :

“Sekarang beritahu aku tentang mata air Zughar!"


Mereka bertanya :

"Tentang apanya yang ingin engkau ketahui?"


Samiri itu bertanya : 

“Adakah masih banyak airnya? Adakah penduduk disekitarnya memanfaatkan airnya untuk bercucuk tanam?"


Mereka menjawab: 

“Ya, airnya sungguh banyak. Penduduk disekitarnya juga memanfaatkan airnya untuk bercucuk tanam."


Ein Zughar terletak di Selatan Laut Mati, Jordan. Sebahagian berpendapat ia berada di Selatan Tasik Tiberias, berhampiran Ein Sultan, beberapa kilometer dari Bandar Areha.


Samiri itu bertanya lagi :

"Sekarang, ceritakan kepadaku tentang Nabi yang ummi, apakah yang telah dilakukannya?"


Mereka menjawab : 

“Dia telah muncul di Kota Makkah dan tinggal di Yathrib."


Samiri itu bertanya :

“Apakah orang-orang arab memeranginya?"


Mereka menjawab : "Ya."


Samiri itu bertanya pula :

“Apakah yang dilakukannya kepada mereka?"


Maka mereka pun memberitahunya bahawa telah nampak para pengikutnya dari kalangan orang-orang Arab, dan mereka mematuhinya.


Samiri itu bertanya :

“Adakah hal itu sudah berlaku?"


Mereka menjawab : "Ya."


Kemudian Samiri itu berkata :


“Jika demikian, maka yang terbaik bagi kalian ialah mematuhinya. Sekarang aku akan menerangkan kepada kalian siapakah sebenarnya aku ini. Aku adalah Al Masih Dajjal, hampir sampai masanya aku akan diizinkan keluar, lalu aku akan berjalan mengelilingi bumi, tidak ada satu tempat pun yang tidak akan aku singgahi di dalam waktu empat puluh malam kecuali Kota Makkah dan Taibah kerana kedua-duanya itu telah diharamkan ke atasku. Setiap kali aku berusaha untuk memasuki salah satu dari kedua-duanya, aku akan dihalang oleh para malaikat yang memegang pedang dan mengusir aku supaya menjauhi kedua-dua kota itu. Setiap celah dan penjuru kota itu telah dijaga dan dikawal rapi oleh para Malaikat."


Fatimah Binti Qais (Perawi Hadis ini) berkata, Rasulullah Saw menghentakkan tongkat baginda ke mimbar dan berkata : 


"Inilah Taibah, inilah Taibah (Taibah yang dimaksudkan ialah Madinah). Bukankah aku pernah menyampaikan hal seperti ini kepada kalian?"


Para sahabat menjawab : "Benar." 


Baginda melanjutkan lagi : 


“Sesungguhnya apa yang telah disampaikan oleh Tamim Ad-Dari itu membuatku kagum kerana ianya sesuai dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian tentang Dajjal, Madinah dan Makkah. Ia bukan berada di laut Syam atau laut Yaman, tetapi ia berada di timur! Ia berada di timur! Ia berada di timur!"  Sambil memberi isyarat dengan tangannya ke arah timur.


Dalam hadis diatas ini Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air di Tasik Tiberias. 


Ini jelas Dajjal pernah ke kawasan itu sebelum dia dipasung dan dia pernah keluar sebelum itu.


Dajjal juga bertanya mengenai adakah orang Arab sudah mula menerima ajaran Muhammad.


Dan Dajjal memberitahu bahawa sudah ramai orang Arab mengikuti ajaran Islam, lalu Dajjal berkata bahawa masa untuk dia dibebaskan sudah semakin dekat. 


Ini adalah bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman-zaman sebelum kelahiran Muhammad lagi.


Dajjal dipasung dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. 


Sejak sebelum kelahiran Muhammad, dia telah lama menjalankan rancangan dan persiapan untuk kemunculan bergaya di akhir zaman.


Dia kemudian dikurung apabila Muhammad lahir bagi menghentikan fitnah buat sementara waktu dan dibebaskan semula selepas wafatnya nabi terakhir yang kita kasihi. 


Dia kemudiannya dibebaskan dengan janji Allah kepadanya untuk menjadi ujian terbesar kepada umat manusia akhir zaman.


Allah Swt telah memberikan kesempatan kepada Dajjal di akhir zaman (zaman kita) untuk menyesatkan seluruh umat manusia terutamanya umat Islam. 


Maka peluang itu dimanfaatkan oleh Dajjal dengan sebaik-baiknya dengan menimbulkan dan menyebarkan fitnah (kerosakan) yang dahsyat dan melakukan huru-hara serta menyebabkan kerosakan besar di muka bumi ini.


Di era moden ini, tiada satu sektor, bahagian, tempat atau ceruk mana pun yang tidak mendapat sentuhan daripada Dajjal Samiri. 


Sehinggakan Amerika juga telah digantikan dengan nama Samiri yang kemudian disingkatkan menjadi Sam yang, lalu terciptalah simbol Uncle Sam.


Di dalam simbol ini Uncle Sam digambarkan sebagai seorang yang berseragam rahib yahudi, menggunakan tudung laken, berjanggut dan berkumis tebal serta mengenakan pakaian sama macam seragam rahib yahudi.


Mungkin kerana inilah, muncul suatu ungkapan dari sebahagian para ulama' di dalam hal pendidikan dan pengajaran iaitu : 


“Musa yang di didik oleh Firaun telah menjadi salah seorang Nabi dan Rasul, sedang Musa Samiri yang di didik oleh Malaikat Jibril as telah menjadi manusia yang paling ingkar kepada Allah Swt...!”


- SIRI DAJJAL THE END -