Bayan Maulana Ya'akub

Bayan Maghrib Mesyuarat Malaysia
oleh: Maulana Ya'kub
tarikh:7 Sept. 2003

Tuan2 yg mulia,

Sesungguhnya saudara2 yg datang ke Nizhamuddin memberi masa untuk mesyuarat kali ini telah letakkan diri untuk ber'itikaf selama 4 hari ini...Usaha kita akan menjadi ibadah jika disertai dengan doa...Satu doa yg perlu kita buat ialah "Ya Allah, selamatkanlah saya dalam usaha ini dan selamatkanlah usaha ini.."Sesungguhnya doa adalah satu nikmat yg amat besar...Allah Taala telah berfirman "Sesiapa yg tidak minta kepada Allah, Allah akan murka dengannya.."
Seterusnya, Allah Taala berfriman "Mintalah kepada Aku, nescaya Aku akan memberinya.."

Pada zaman sahabah rahum, org2 bukan Islam merasa ta'jub di atas kemenangan demi kemenangan yg diperolehi oleh org2 Islam sehingga org2 bukan Islam membuka kitab2 mereka dan merujuk kepada
rahib2 (untuk tahu) mengapa org2 Islam sentiasa menang...Rahib2 mereka telah mendapati org2 Islam ini selalu menang dalam peperangan kerana:

1)mereka menjaga pandangan mata(dari barang yg haram)
2)perut mereka(sahabah) sentiasa suci daripada benda yg haram

Rahib2 mereka telah bermusyawarah di Baitul Maqdis dan mereka telah letakkan anak2 gadis (dari kalangan) mereka di kiri dan kanan jalan untuk menggoda org2 Islam(sahabah) dengan kecantikan wajah mereka semasa rombongan sahabah rahum datang berjumpa an-Najasyi...Di samping itu harta benda emas dan perak ditaburkan di kiri dan kanan jalan tempat laluan para sahabah rahum...Amir jemaah rombongan telah minta semua sahabah merendahkan pandangan mata...Perkara ini telah berlaku selama tiga hari, tetapi jemaah para sahabah yg mulia ini tidak terkesan sedikitpun dengan perempuan2 cantik dan harta benda yg diletakkan di kiri dan kanan jalan...Dengan ini, org2 musyrik telah faham selagi mana org2 Islam mengamalkan agama dengan sempurna, selagi itulah mereka tidak akan dapat dikalahkan...

Dari semenjak itulah,pelbagai usaha telah dilakukan oleh org2 musyrik ini dengan membuat pelbagai program seperti membuka sekolah dan membuat beberapa program supaya anak2 org Islam jauh daripada Islam...Mereka seterusnya membuat laungan " Dengan harta yg banyak, manusia akan berjaya "..Seterusnya bazar2 dilonggokkan dengan barang2, tempat2 yg mulia seperti Makkah dan Madinah yg menjadi bumi asbab hidayah dan bumi yg dipijak oleh kaki Nabi saw yg mulia juga telah dipenuhi dengan kebendaan supaya org2 Islam yg datang menunaikan di tempat suci itu lari tawajjuhnya pada Allah Taala...

Apabila Musa as berjumpa dengan Allah Taala di Thursina, Samiri yg sebelum itu telah mengambil tumbuhan hijau yg tumbuh daripada pijakan kaki kuda yg ditunggangi oleh Jibrail as bersama dengan jemaah Musa as...Tumbuhan ini boleh hidup di tempat yg tandus...Apabila Musa as berjumpa dgn Allah Taala di Thursina, Samiri mengumpulkan perempuan2 Bani Israel dan membuat fatwa emas yg diambil daripada isteri Firaun bahawa haram mereka memakainya dan telah minta supaya diserahkan kepada dirinya(Samiri) serta beliau telah leburkan kesemua emas itu bersama2 dengan tumbuhan hijau tadi, (seterusnya) beliau membentuk (campuran) itu menjadi petuang lembu dan lembu itu telah diminta oleh Samiri untuk disembah oleh Bani Israel dan dikatanya bahawa itulah Tuhan mereka...

Mengapa tanah Makkah dan Madinah dianggap suci? Ini kerana tanah2 ini telah dipijak oleh tapak kaki Nabi saw yg mulia...Tanah tempat tempat kuda Jibrail as pun (diberi kemampuan) boleh menghidupkan tanah yg mati, (jadi bayangkan)bagaimana mulianya tapak kaki suci Nabi saw? Oleh sebab itulah tanah Makkah dan Madinah dijadikan Allah tanah suci oleh Allah Taala dan telah dijadikan sumber hidayah di mana ia dapat menghidupkan hati2 manusia yg telah mati...Di tanah suci Makkah juga terdapat Baitullah..Pertama kali seseorang melihat Ka'bah, kesemua doa yg diniatkan oleh seseorang yg Islam akan dimakbulkan oleh Allah...Di Ka'bah juga Allah Taala telah meminta Nabi Ibrahim as (selepas membina Ka'bah) supaya menyeru manusia di seluruh dunia datang ke Baitullahil Haram...Di situ juga semua hajat org2 Islam akan dimakbulkan oleh Allah Taala...Di Makkah ini, Nabi saw telah membuat usaha da'wah selama 23 tahun...Dengan da'wah, Nabi saw dapat membentuk keyakinan di kalangan para sahabah rahum bahawa dunia dan seisinya tidak bernilai...Jika dunia ini bernilai lebih daripada sekepak nyamuk, nescaya Allah Taala tidak akan memberi minum walapun seteguk air kepada org kafir...

Sahabah rahum terpaksa ditarghib supaya jangan menumpukan perhatian hanya untuk akhirat sahaja...(Terdapat) kisah sahabah Amru bin Ash ra yg mengahwinkan anak lelakinya dengan seorang wanita yg cantik...Apabila sahabah ini menziarahi anaknya, menantunya telah beritahu suaminya itu sepanjang hari berpuasa,sepanjang malam membaca Al-Quran dan bersolah tahajjud sehingga tidak ada masa untuk menggauli isterinya...Amru bin al Ash ra gelisah mengenai anaknya itu dan mengadukan hal ini kepada Nabi saw...Nabi saw telah tanya Abdullah bin Amru ra berapa lama ia membaca al Quran, ia (beritahu) khatam dalam masa satu hari sekali...Nabi saw telah nasihatkannya supaya ia khatamkan dalam masa sebulan sekali, Ibnu Amru ra telah minta dikurangkan dan Nabi saw telah kurangkan kepada 22 hari, seterusnya 15 hari dan akhirnya 7 hari untuk sekali khatam...Untuk puasa nafil pula, Abdullah bin Amru ra ini berpuasa setiap hari, Nabi saw telah nasihatkannya supaya berpuasa 3 hari sebulan, ia minta dinaikkan 10 hari dan akhirnya Nabi saw benarkan ia berpuasa satu hari, dan tidak berpuasa satu hari...

(Kita sendiri lihat) sahabah terpaksa ditarghib supaya mengurangkan peningkatan amalan akhirat mereka...Hari ini kita terlampau banyak cinta dunia sehingga di Masjid Banglawi inipun kita masih suka pergi ke bazar...Seterusnya Nabi saw telah nasihatkan Abdullah bin Amru ra bahawa isteri kamu ada hak pada kamu, diri kamu ada hak ke atas kamu, jiran kamu juga ada hak atas kamu dan tetamu kamu juga ada hak ke atas dirimu, maka tunaikanlah hak2 mereka..Seterusnya Nabi saw yg mulia telah berdoa semoga Allah panjangkan umur Abdullah bin Amru ra dan di ketika usianya telah lanjut, beliau ra telah menangis kerana badannya telah uzur dan ia tidak lagi mampu melaksanakan amalan yg dibuatnya sebelum itu...Ia sentiasa menangis, alangkah eloknya jika beliau ra menerima nasihat Nabi saw dahulu...

Sepertimana Makkah dan Madinah dijadikan Allah sebagai tempat hidayah dan kemakbulan hajat semua manusia, begitulah juga di Masjid Banglawi sekarang Allah Taala telah terima masjid ini menjadi satu tempat yg mana Allah jadikan org seluruh dunia datang belajar membuat usaha atas hidayah...Dengan pengorbanan dan tangisan Maulana Ilyas rah.a, Allah telah terima tempat ini sebagai tempat memakbulkan segala hajat individu dan ijtima'i ummah...Segala tertib da'wah yg dipelopori oleh Maulana Ilyas rah.a bukan daripada buah fikirnya, tetapi (sebenarnya adalah) daripada Allah Taala...Maulana Ilyas rah.a sentiasa berkata bahawa untuk kita berjaya kamu buatlah sebagaimana yg kami cakap...Selama 4 hari, semua org tanggungjawab Malaysia yg datang ke Nizhamuddin perlu ikatkan diri dengan lima amalan masjid dan hindarkan diri daripada suasana bazar...

No comments:

Post a Comment