Hadith (Hati)

Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyar r.a. telah berkata: Aku mendengar Rasulullah saw telah bersabda:

"Sesungguhnya sesuatu yg halal itu jelas dan yg haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yg kebanyakkan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yg samar itu maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yg jatuh dalam melakukan perkara yg samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara yg haram, seperti penggembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat laun ia akan masuk kedalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan Allah adalah apa-apa yg diharamkannya. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada seketul daging, jika ia baik, baiklah jasad keseluruhannya, dan jika ia rosak, rosaklah jasad keseluruhannya. Ingatlah, itu adalah hati"

Riwayat Bukhari no: 52 dan Muslim no: 1599

No comments:

Post a Comment