Seorang sahabat telah mujahadahkan diri dia dalam beribadat kepada Allah s.w.t. Umar r.a lalu di depan menara rahib itu dan berkata, “Bawa dia turun dari menara”. Wajah dia telah pucat kerana mujahadahnya, kurus kering, tanggung kesusahan, kehidupan yang susah, tidak makan, tidak minum, jalani kehidupan ‘rahbaniah’. Pilih semua kesusahan yang ada dalam ibadat.
Umar r.a tengok dia dan menangis. Orang tanya kenapa menangis terhadap rahib itu? “Saya menangis kerana saya tengok keadaan rupa parasnya, saya teringat ayat Allah s.w.t, Allah s.w.t kata, “Tidakkah engkau tahu satu orang yang menyusahkan diri dia untuk ibadat sehingga kesan ibadatnya datang pada wajahnya”, kesan letih beribadat, apakah hal keadaan dia? Nampak di wajahnya pucat tetapi usahanya salah, bukan jalan yang betul . Usahanya telah terkeluar daripada cara kenabian. Dia buat usaha tetapi terkeluar dari jalan kenabian. Dia buat ibadat tetapi terkeluar daripada jalan kenabian, dia bawa ‘rahbaniah’ dalam ibadat dan dia telah tinggalkan tanggungjawab dakwah, hidup dengan bersendirian. Umar r.a menangis tengok wajah dia, dia bermujahadah begitu sekali, usaha begitu sekali, tetapi kesemua usahanya sedang masukkan dia ke dalam jahanam.
No comments:
Post a Comment