Pertama: Kelebihan solat berjemaah berbanding solat berseorangan.
Imam Bukhari telah meriwayatkan didalam hadith yang shahih.
عن أبى سعيد الخدري رضى الله عنه, أنه سمع النبى صلعم يقول :صلاة الجماعة تفضل صلاة الفذ بخمس وعشرين درجة
Maksudnya: Daripada Abi Said Al-khudriyy R.anhu, sesungguhnya Nabi SAW
bersabda “Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian
sebanyak 25 kali ganda.
Terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar tentang solat
berjemaah mendapat 27 kali ganda.walau bagaimanapun ulama’-ulama’ telah
memberikan alasan mereka yang tersendiri. Iaitu ianya bergantung kepada
jenis solat,khusuk, penyempurnaan bacaan. Ahli jamaah yang ramai,
tempat yang mulia seperti masjidil haram dan imam yang alim sudah pasti
lebih banyak fadhilatnya.
Kedua: Berada di bawah bayangan arasy Allah dihari kiamat kelak.
Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim :
عن أبى هريرة رضى الله عنه عن النبى صلعم قال: سبعة يظلهم الله فى ظله يوم
لا ظل إلا ظله: الإمام العادل وشاب نشأ فى عبادة ربه, ورجل قلبه معلق
بالمساجد
Maksudnya: Daripada Abi Hurairah R.anhu, daripada Nabi SAW bersabda
“Ada tujuh golongan manusia yang akan ditempatkan oleh Allah dibawah
bayangannya pada hari yang tidak ada bayangan melainkan bayangan Allah
SWT.Iaitu pemerintah yang adil, pemuda (yang terdidik dengan agama)
beribadah kepada Allah SWT,lelaki yang hatinya bergantung kepada
masjid…..
Ketika mengulas hadith ini” ورجل قلبه معلق بالمساجد” Imam An-Nawawi
menyatakan: “Bersangatan mengingati masjid dan sentiasa beristiqamah
pergi ke masjid kerana untuk solat berjemaah bukan bermaksud berterusan
tinggal didalam masjid. (Syarah An-Nawawi, jilid7/121)
Ketiga: Keampunan bagi orang yang solat berjemaah selepas menyempurnakan wudhuk.
عن عثمان بن عفان رضى الله عنه قال: سمعت رسول الله صلعم يقول: من توضأ
للصلاة فأسبغ الوضؤ, ثم مشى إلى الصلاة المكتوبة فصلاها مع الناس أو مع
الجماعة أو فى المسجد غفر الله له ذنوبه
Maksudnya: Daripada Uthman bin Affan R.anhu berkata, Aku pernah
mendengar RasuluLlah SAW bersabda “Sesiapa yang berwudhuk untuk solat,
lalu dia menyempurnakan wudhuknya, kemudian dia terus berjalan untuk
mendirikan solat fardhu, lalu dia menunaikan solat fardhu bersama orang
lain atau secara berjemaah atau di masjid nescaya Allah akan
mengampunkan dosa-dosanya. (Shahih Muslim. Hadith no232. Jld 1/208)
Keempat: Bertambah kelebihan solat berjemaah dengan bertambahnya bilangan ahli jamaah.
Sabda Nabi SAW:
عن أبى بن كعب رضى الله عنه قال رسول الله صلعم ” إن صلاة مع الرجل مع
الرجل أزكى من صلاته وحده وصلاته مع الرجلاين أزكى من صلاته مع الرجل. وما
كثر فهو أحب إلى الله عزوجل.
Maksudnya: Dari Ubay bin Ka’ab R.anhu, daripada RasuluLlah SAW,sabdanya
“Sesungguhnya solat jemaah yang dilakukan oleh dua orang lelaki lebih
afdhal disisi Allah berbanding kedua-duanya melakukan (solat) secara
bersebdirian. Begitu juga solat berjemaah tiga orang lelaki lebih
afdhal disisi Allah berbanding solat berjemaah yang dilakukan oleh dua
orang lelaki sahaja. Semakin ramai bilangan jemaah, maka ianyasemakin
disukai disisi Allah SWT.
Kelima: Kelebihan solat isyak, subuh dan asar berjemaah.
Sabda Nabi SAW:
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال: قال النبى صلى الله عليه وسلم ولو يعلمون ما فى العتمة والصبح لأتوهما ولو حبوا.
Maksudnya: Daripada Abi Hurairah R.anhu berkata, Nabi SAW bersabda
“Jika manusia mengetahui kelebihan yang tersirat disebalik solat isyak
dan subuh yang didirikan secara berjemaah nescaya mereka akan
(bertungkus lumus) mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.
Sabda Nabi SAW:
يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل ، و ملائكة بالنهار ، و يجتمعون في صلاة
الفجر ، و صلاة العصر ،ثم يعرج الذين باتوا فيكم ، فيسألهم ربهم و هو أعلم
بهم كيف تركتم عبادي ؟فيقولون تركناهم و هم يصلون ، و أتيناهم و هم يصلون
Maksudnya: Bersilih ganti malaikat malam dan malaikat siang datang
kepada kamu, lalu mereka bertemu ketika solat subuh dan asar.Kemudian
ketika malaikat malam naik ke langit , maka bertanyalah Allah kepada
mereka sedangkan Allah itu Maha mengetahui segala tindak tanduk mereka
“Bagaimanakah hambaku ketika kamu meninggalkan mereka?”.Lalu para
malaikat menjawab “Kami telah tinggalkan mereka dalam keadaan mereka
bersolat dan kami mula-mula mendatangi mereka, mereka juga sedang
bersolat. (Shahih Muslim no 632.Jld 1/439)
"Sampaikanlah walau satu ayat"
No comments:
Post a Comment