Ada seekor anak singa yg tinggal dengan sekumpulan kambing. Singa ini sentiasa di buli kerana ia nye tidak ada tanduk maka ia sentiasa di tanduk di teranjang. Singa ini juga kena ikut perintah golongan kambing-kambing ini, kena buat ini, kena buat itu, sungguh malang nasib singa ini. Sehinggalah ia sentiasa berdoa supaya ALLAH mengurniakannya tanduk untuk melawan kambing-kambing yang jahat ini.
Pada suatu hari datang lah seekor bapak singa yg kelaparan, memerhati sekumpulan kambing ini untuk dijadikan mangsa. Tiba-tiba bapak singa ini terlihat seekor anak singa dikalangan kumpulan kambing tersebut. Bapak singa ini sangat hairan melihat anak singa ini sentiasa di buli oleh kambing-kambing itu.
"Iiissshh anak singa ini,dia tidak sedarkah yg dia tu singa?? Sehingga dibuli oleh kambing?"
Dan bertambah hairan bapak singa ni bila terdengar anak singa ni sedang berdoa supaya dikurniakan tanduk untuk melawan kambing ini. Bapak singa ini pun pergi lah menghampiri kumpulan kambing itu dan meraum sekuatnya! Habis semua kambing lari lintang pukang termasuk anak singa ini. Lalu bapak singa pergi mengejar dan menangkan anak singa itu.
Dengan terketar-ketar, anak singa ini meminta supaya jangan di makam dirinya dan supaya dilepaskannya pergi. Tanpa menghiraukan pujukan anak singa itu, bapak singa pun membawa anak singa itu ke sebuah sungai. Lalu bapak singa berkata
"Kenapa kamu takut kepada aku? Cuba cermin mukamu di sungai ini, muka kau dan aku sama tak? Ada janggut, ada taring, ada kuku.."
"Ya, memang kau dan aku sama.." kata anak singa itu.
"Habis tu kenapa kau takut dgn kambing-kambing tu?? Cuba kau meraum sekali.." kata bapak singa.
"Aaauuummm...."
"Kuat lagi!"
"AAAaaauuuuuuuummmmmmm....."
"Sekarang kau faham? Kau dan aku adalah sama. Pergi lawan kambing-kambing itu! Tunjukkan bahawa kau adalah singa! Kau tak perlukan tanduk!"
Maka faham lah anak singa itu siapa kah dirinya yang sebenar. ALLAH telah menciptakannya lebih hebat dari kambing. Anak singa ini pun terus pergi ke arah kumpulan kambing-kambing tadi lalu mengaum dengan sekuat hatinya, sambil menampakkan taringnya dan mengeluarkan kukunya. Maka habis semua kambing itu lari lintang pukang ketakutan.
Maka datanglah bapak singa tadi lalu berkata, "Tempat kamu bukan disini. Kekuatan kamu bukannya pada tanduk, memang ALLAH sudah bagi kekuatan yang istimewa pada diri kamu, marilah bersama dengan kami. Belajar bagaimana mengunakan kekuatan yang ada"
Moral:
Singa adalah orang Mukmin. Kambing adalah orang Kafir. Dan tanduk itu adalah kekuasaan dunia, harta benda dunia. Kepada orang Mukmin, ALLAH swt telah kurniakan kekuatan yang sejati. Jika kita betul-betul mengikut ajaran Al-quran, Sunnah dan para sahabat, maka kita akan berjaya di dunia dan akhirat. Dan orang-orang kafir akan berada di bawah kaki-kaki kita sebagaimana di zaman para sahabat ra.
Oleh itu kenapa kita terlalu gila nak dapatkan tanduk (kuasa & harta benda), sedangkan ALLAH swt sudah menerangkan bahawa kita adalah Khalifah ALLAH di muka bumi ini. Orang Islam ada kekuatan, tapi tak tau apakah kekuatan itu. Jika nak tau, lihatlah sejarah hidup para sahabat ra, di mana seluruh kerajaan Parsi dan Rom jatuh di tangan sahabat. Cubalah kaji perjalanan hidup para Sahabat ra dan kerja dakwah Rasulullah saw.
Jangan terlalu mengejar dunia, tapi ikutilah jalan yg Allah tunjuki..
Pesan Luqmanulhakim: "Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya."
No comments:
Post a Comment