Lailahaillallah dan burung hijau

Bila hamba Allah menggucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari
mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.



Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah
burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang
menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam
tetapi tidak dipatuhi oleh mereka.Oleh kerana arahan yang diberi tidak
dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan
kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya
memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu
kepada mereka.

Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy
Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan"

bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?"

berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang
mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku
akan tidak membuat bising disini".

berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah".

beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi
kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima
permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan
bahawa Allah telah menerima permintaan mereka.

Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan
diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang
mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi
oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukaii olah Allah
maka balasanya berterusan hingga hari kiamat. Maha suci Allah yang maha
pengasih lagi maha penyayang.

sekian ..wallahuaqlam"

No comments:

Post a Comment