Baginda bertanya kepada sekumpulan sahabat, "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?" Para sahabat menjawab, "Muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dinar dan tidak memiliki sebarang harta."
Jawapan tersebut adalah benar berdasarkan kefahaman umum tentang muflis. Lantas, Rasulullah s.a.w. menerangkan maksud muflis yang sebenarnya. Sabdanya yg bermaksud, " Orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang dibangkitkan di akhirat kelak bersama dengan pahala solat, puasa dan zakat yang pernah dilakukan semasa di dunia. Namun pada masa yang sama, dia juga membawa dosa memaki hamun orang lain, memfitnah, memkan harta orang, menumpahkan darah dan memukul orang. Sewaktu perbicaraan, diambil pahalanya (si muflis) dan dibayar kepada mangsa-mangsa tersebut. Dan sekiranya telah habis pahalanya, diambil pula dosa-dosa mangsanya, lau dibebankan kepada si muflis. Kemudian dia akhirnya dihumbankan ke neraka!" (Riwayat Muslim no. 2581)

No comments:
Post a Comment