Ujian Kemiskinan

Demam & Ujian Kemiskinan

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam pernah terkena demam dengan panas dua kali ganda demam manusia lainnya.

Berapa suhu badan manusia paling maksimum yang pernah dicatatkan sejarah? Gandakan.

Begitulah perumpamaan demam yang dialami Nabi kita sallallahu alaihi wa sallam.

Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu anhu berkata,

دخلت على النبي صلى الله عليه وسلم وهو يوعك، فوضعت يدي عليه فوجدت حره بين يدي فوق اللحاف، فقلت: يا رسول الله، ما أشدها عليك! قال: إنا كذلك يضاعف لنا البلاء ويضاعف لنا الأجر، قلت: يا رسول الله، أي الناس أشد بلاءً؟ قال: الأنبياء، قلت: يا رسول الله، ثم من؟ قال: ثم الصالحون، إن كان أحدهم ليبتلى بالفقر حتى ما يجد أحدهم إلا العباءة يحويها، وإن كان أحدهم ليفرح بالبلاء كما يفرح أحدكم بالرخاء

 

“Aku pernah mengunjungi Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam yang saat itu sedang sakit. Kemudian Aku letakkan tanganku di atas selimut Nabi sallallahu alaihi wa sallam, aku dapati panasnya (sangat panas kerana yang disentuh adalah selimutnya, bukan badannya, pent).

Aku berkata, “wahai Rasulullah, betapa beratnya demam ini!”

Lalu Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya kami para nabi, diberi ujian yang sangat berat, sehingga pahala kami dilipat gandakan.”

Abu Said pun bertanya, ‘wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berat ujiannya?’ Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam menjawab;

“Para nabi, kemudian orang soleh. Sungguh ada di antara mereka yang diuji dengan kemiskinan, sehingga harta yang dimiliki tinggal baju yang dia gunakan. Sungguh para nabi dan orang soleh itu, lebih bangga dengan ujian yang dideritanya, melebihi kegembiraan kalian ketika mendapat rezeki.”

[ HR. al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubro (3/372) disahihkan al-Albani]

No comments:

Post a Comment