Ada kisah di zaman dahulu...
Setiap tahun di kaki Gunung Merapi, Pulau Jawa, ada satu upacara mengorbankan seorang gadis perawan dan kepalanya dicampakkan ke dalam gunung supaya gunung tu 'tak mengamuk' dan penduduk kampung kekal sejahtera...
Bila alim-ulama tiba utk mengislamkan pnduduk-penduduk ini.. Lihatlah... Ulama tersebut bagitahu penduduk-penduduk kampung tu :
"Tahun depan kalian tak perlu mengorbankan gadis perawan lg (boleh dibuat kahwin). Memadai saja dgn mencampakkan kepala kerbau ke dlm gunung itu..."
Walhasilnya penduduk kampung tertarik dengan cara kelembutan Islam dan ramai masuk Islam.
Macam itu lah saban tahun, setiap 1 Muharram org kampung akan kenduri kerbau.. Daging habis dimakan lalu kepalanya langsung dibuang...
Kalau perhatikan betul-betul arahan ulama itu, maka tiada unsur-unsur khurafat pun kerana tidak menyalahi syariah... Lepas kenduri makan besar, kepala dibuanglah... Cuma dibuang ke dalam gunung...
Bila datang ulama generasi selepas mereka, dibiarkan adat ni... Kerana kepercayaan asal (jamu gunung) telah luput digantikan kepercayaan Islam.. Cuma sekadar adat kebiasaan orang tua-tua campak kepala kerbau jauh ke gunung (juga dipanggil petua) antaranya untuk elakkan lalat dan bau kurang enak...
Sebagai tnda rendah diri akan kehebatan ulama terdahulu yang sangat-sangat berjasa menISLAMkan kampung itu sblm ini... "Hebat sangatkah kami nak hapuskan adat yg dibentuk oleh org2 yg lebih alim dr kami?"... Lalu adat ni pun masih ada sampai sekarang...
Tiba-tiba, sekarang datang kaum 'baru', mengatakan ini semua bid'ah dn kemungkaran... Habis dikacaunya org kampung...
Padahal kaum 'baru' ni yg buta sejarah, tak mengkaji asal usul dan sejarah... Besar sangatkah isu ini hingga menutup sejarah asal Islamnya penduduk kampung tu?
-kisah diceritakan Ust. Idrus Ramli NU Indonesia-
Bile hambe bace kisah ni, terfikir... Adat2 keagamaan kita yg nampak x munasabah yg ada skrg... Dalam celah2 tu mesti ada cerita dia... Samalah bagaimana Sunan Kalijaga (Wali Songo) mengadaptasi wayang kulit supaya diganti dgn watak2 yg diukir yg 'tak hidup'... Betapa islam masuk ke Jawa dgn jalan budaya...
La ni ada pulak sahabat-sahabat sanggup buat thesis... Buat thesis untuk mmbuktikan keharaman bubur asyura!
"apa adat2 ni?? Kite kene ikut sunnah!"
"atau kamu nak ajak kami ikut cocok dgn 'sunnah' pemikiran kamu sahaja??"
----------------
Update 2015.
Adapun jika brlaku penyimpangan dlm pengamalan adat hari ini mungkin disebabkan agamawan sudah mula menjauhi perkara2 adat, lalu tiada siapa yang dapat mengawal selianya, kmudian ditambah datangnya generasi baru yang tidak tahu sejarah dan hujung pangkal, menyebabkan berlakunya pertentangan dalam masyarakat.
Polisi para pendakwah dahulu kala dalam menghadapi adat dan budaya setempat, jika adat itu tidak bercanggah dengan syariat akan dibiar kekal, jika boleh diislamisasikan akan diislamisasikan, namun jika sudah terang2 adat itu bercanggah barulah dihapuskan.
Sumber Fb Amir Ashraf
No comments:
Post a Comment