Catatan Kuliah Magrib TG Zainul Asri Hj Romli, Surau Al-Hikmah Padang Midin.
Terlalu banyak perkara bermanfaat yang disebut oleh Syeikh sebentar tadi dan catatan ini diringkaskan dengan mengunakan ayat sendiri yang diambil daripada ucapan Syeikh Zainul Asri.
3 perkara penting yang disebut :-
1. Pertanyaan merupakan “miftahul ilmi” (pintu kepada ilmu pengetahuan). Antara bentuk sesuatu ilmu itu dimulakan dengan pertanyaan, terdapat banyak hadis dimulakan dengan pertanyaan, iaitu sahabat bertanyakan soalan kepada nabi. Begitu juga dengan Al-Quran, antaranya ayat berkaitan arak, haid dan lain-lain.
2. Doa merupakan ibadah, disebutkan didalam hadis qudsi bahawa sesiapa yang tidak berdoa, maka Allah marah kepadanya. Perbanyakanlah berdoa, kerana Allah sangat dekat dengan hambanya cuma kita merasakan Allah jauh dari kita, disebutkan didalam hadis bahawa Allah dekat dengan hambanya lebih dekat daripada urat tengkuknya, sehinggakan Imam Nawawi mehimpukan hadis-hadis berkenaan doa didalam kitab Al-Azkar.
3. Kemudian, Syeikh Zainul menceritakan pengalaman beliau menziarahi gurunya di Mesir iaitu Syeikh Muhammad, seorang ulama muhadith Mesir. Beliau disambut oleh Syeikh Muhammad selaku tetamu dirumah adiknya, sampai dihadapan pintu rumah, Syeikh Zainul melihat gambar bersaiz Syeikh Muhammad diletakkan di dalam rumah tersebut. Apa fiqh yang kita boleh ambil di sini ialah, cuba fikir rasa-rasa kita berani tak nak buat maksiat kalau gambar kita sendiri sedang tengok kita? Allahu Akbar. Sebab itulah Nabi menyebut, sekiranya kita melihat wajah ulama ia dapat menggugurkan dosa kita kerana mereka akan mengingatkan kita kepada Allah Swt.
Wallahu Alam.
الله المستعان،
أخي بسوتي.
No comments:
Post a Comment