Kentang, Telur dan Kopi

Cerita KENTANG, TELUR DAN BIJI KOPI

Satu hari seorang anak gadis yang sedang murung dan kecewa dengan dirinya berjumpa dengan ayahnya. Dia mengadu tentang dirinya yang sentiasa gagal dalam usaha yang dibuat.

Ayahnya hanya mendengar dengan teliti apa yang diluahkan oleh anak gadisnya itu. Kata ayah, "Nak, cuba perhatikan apa yang ayah nak buat sekarang."

Ayahnya terus ambil satu periuk dan diisi dengan air. Kemudian dipanaskan di atas dapur. Ayahnya seterusnya memasukkan seketul kentang, sebiji telur dan 1 biji kopi. Periuk tadi dipanaskan sehingga air didalamnya mendidih dan api dipadamkan.

Si ayah terus ambil kentang dan telur dan diletakkan dalam mangkuk. Kemudian ambil sesenduk kopi diletakkan dalam cawan. Lalu ayahnya tanyakan pada anak gadisnya, "apa yang kamu lihat?

Jawab anak gadisnya," kentang, telur dan kopi".

Ayahnya menyuruh anaknya supaya lebih dekat dan sentuh kentang itu. Apabila disentuh, anak gadisnya dapat rasakan kentang itu menjadi lembut. Ayahnya juga meminta anak gadisnya memecahkan kulit telur itu dan ternyata telur itu menjadi telur rebus. Akhirnya diminta anak gadisnya mencium air dicawan ternyata juga aroma kopi meresap ke hidung anak gadisnya.

Anaknya sedikit kebingungan. Tapi ayahnya menjadikan ia lebih jelas apa maksudnya.

Kentang, telur dan biji kopi telah lalui kesulitan yang sama iaitu air yang panas dan mendidih. Tetapi tiap satunya berbeza reaksi atau tindak balasnya.

Kentang yang asalnya kuat dan keras namun akhirnya menjadi lembik dan lemah bila terkena air mendidih.

Lain pula denga telur yang asal kulitnya sangat rapuh dan nipis serta dalamnya hanya ada cecair. Namun semuanya berubah menjadi keras di dalamnya.

Yang paling hebat ialah biji kopi. Bila terkena air mendidih, biji kopi yang mengubah air dan menciptakan sesuatu yang baharu.

Dalam kehidupan apabila menghadapi kesulitan pilihlah kita nak jadi Kentang atau Telur atau Biji Kopi.

#santapanmindaatletsukmateganu

No comments:

Post a Comment