*Berkata Abdul Malik bin Umair :*
*"Satu-satunya manusia yang tidak tua* (awet muda & tak pelupa adalah orang yang selalu membaca al-Quran."
*"Manusia yang paling jernih akalnya* adalah para pembaca al-Quran."
*Berkata Al-imam Qurtubi :*
"Barang siapa yang membaca *al-Quran,* maka Allah akan menjadikan *ingatannya segar* meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun."
*Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah :*
"Perbanyakkanlah membaca *al-Quran,* jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan dimudahkan setara dengan yang kamu baca."
*Berkata Ibnu Solah :*
"Bahawasanya para malaikat tidak diberi keutamaan untuk membaca *al-Quran,* maka oleh kerana itu para malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia."
*Berkata Abu Zanad :*
"Di tengah malam, aku keluar menuju masjid Rasulullah s.a.w., sungguh tidak ada satu Rumah pun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca *al-Quran."*
*Berkata sebahagian ahli tafsir :*
"Manakala kita menyibukkan diri dengan *al-Quran,* maka kita akan dibanjiri dengan sejuta keberkahan & kebaikan di dunia."
"Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiq-Nya kepada kami & semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *al-Quran* & mengamalkan kandungannya."
Bila anda cinta pada *al-Quran* maka sebarkanlah. Demi *Allah,* sekian banyak orang yang membaca *al-Quran* maka pahala akan mengalir pada anda.
*JADIKAN AL-QURAN TEMAN DI DUNIA & PENOLONG DI AKHIRAT* 🌿
No comments:
Post a Comment