Syurga bersama Kekasih

Suatu hari datang seorang sahabat berkulit hitam, dia terus peluk Nabi saw.

“Kenapa kamu peluk Aku?”
Tanya Nabi saw.

“Kerana aku tidak yakin akan masuk Syurga bersama denganMu”

“Kamu mulia aku tak mulia, Kamu keturunan Quraish, aku bukan keturunan Quraish, Kamu keturunan Nabi, aku bukan siapa-siapa”

Rintih sahabat itu di hadapan Nabi saw.

Maka apa jawab Nabi saw?

المرء مع من احب

“Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi”

Malam ini kita berhimpun di rumah Allah yang suci.

Tempat melaksanakan Sunnah Nabi.

Kita belajar hadis-hadis Nabi.

Kita cuba sedaya upaya pertahankan ajaran Nabi.

Walaupun kita tak dekat, tak sebangsa dan tak sezaman dengan Nabi.

Insyaallah kita boleh bersama dengan Nabi nanti.

Bagaimana?

“Seseorang akan bersama dengan siapa yang dia kasihi.”

Kasihilah Nabi, cintailah Nabi!

Petikan Kuliah

No comments:

Post a Comment