Apakah Harta Dunia Boleh Dibawa Mati

Hajjah Sofiah, pemilik Rumah Kebajikan Adidarma tersohor di Surabaya (Soto Gubeng Pojok) memang terkenal dengan dermawannya, seolah-olah harta dunia tiada harga baginya.

Seakan harta dunia telah begitu hina di matanya.

Inilah mungkin gambaran orang yg dunia di tangannya dan akhirat di hatinya.

Beberapa orang ahli perniagaan muda yg bersemangat datang berjumpa dengannya.

"Ajarkan pada kami hajjah, bagaimana caranya agar kami seperti hajjah."

"Perniagaan maju & sukses, tidak cinta pada harta dan tidak sayang pada kekayaan, hingga seperti hajjah, bersedekah terasa ringan"

"Wah", sahut Hajjah Sofiah tertawa;
"Antum salah orang!"

"Laaa?"

"Laa iya, kalian salah orang. Saya ini sangat sayang juga mencintai harta saya. Saya ini sangat mencintai aset yg saya miliki"

"Laaa?"

"Sebab lantaran cinta dan sayangnya saya pada harta, hingga saya tidak rela meninggalkan harta saya di dunia ini.

"Akan saya bawa mati di kubur dengan harta dunia saya."

"Saya tidak mahu berpisah dengan kekayaan saya. Sementara ini saya simpan dulu pada masjid, anak yatim, fakir miskin, madrasah, pondok2,  pejuang fii sabilillah, guru2 agama, orang yg rajin ibadat, saudara dan sahabat seIslam yg sedang menerima rawatan kesakitan."

"Alhamdulillah ada yang berkenan mahu disimpan, saya senang sekali."

"Alhamdulillah ada yang sudi terima amanah, saya suka sekali.'

"Insya Allah di akhirat nanti, saya boleh ambil balik simpanan saya."

"Saya ingin kekayaan saya itu dapat dinikmati berlipat ganda di alam kubur dan akhirat."

"Jadi, siapa kata harta tidak dibawa mati? Harta boleh dibawa mati!!"

"Caranya?"

"Jangan bawa sendiri, minta tolong dibawakan oleh anak yatim, fakir miskin, orang3 yang berjuang di jalan Allah dll."

"Kerana anak dan keluarga saya cuma bekalkan kain kapan putih 7 lapis ketika saya meninggal nanti."

Semua yang hadir mendengar melopong, memandang sesama sendiri.

Semoga menjadi renungan kita para sahabat yg soleh dan solehah.

Share jika memang bermanfa'at.

Boleh dishare biar lebih bermanfaat buat orang ramai, jika kedekut, simpan sendiri saja tidak mengapa.

Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang menyampaikan 1 ayat saja dan ada orang yang mengamalkannya, walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap mendapat pahala."
- HR. Al-Bukhari.

*PERGUNAKAN SEMUA HARTA DUNIA UNTUK KEPENTINGAN DI AKHIRAT.*

No comments:

Post a Comment