Lori Sampah

Ada orang yang hidupnya kotor, penuh dengan sampah. Rutinnya setiap hari, kutip sampah orang lain, dan simpan di dalam dirinya. Bila sampah dalam dirinya dah penuh, dia akan tumpahkan sampahnya kepada orang lain. Kemudian orang lain akan mengulangi perkara yang sama ~ kutip sampah orang lain dan simpan dalam dirinya, bila sampah dah penuh, dia akan tumpahkan sampah tersebut kepada orang lain.

Janganlah kita hidup mengutip sampah. Jika ada orang lain tumpahkan sampahnya kepada kita, jangan kita ambil sampahnya, sabar, dan kasihanilah dia kerana dia mempunyai banyak sampah. Doakan semoga diri orang itu akan bebas dari sampah, agar dia dapat hidup bahagia. 

Jiwa yang bersih adalah jiwa yang bahagia. 

No comments:

Post a Comment