Doa Ibubapa 5 kali Sehari

Saya pernah pergi ke Kairo, Mesir. Semasa solat Zohor ada tazkirah dari seorang Syeikh sambil menjual buku. Di akhir tazkirah, saya sempat membeli buku yang dijual oleh Syeikh tadi.

Bukunya berjudul Melipat gandakan Keuntungan Dengan Berbakti Kepada Ibubapa. Satu bab di buku tersebut membahas mengenai Adab Kepada Ibubapa. Di mana dikatakan bahawa, 'Sungguh durhaka seorang anak yang hanya mendoakan kedua ibubanya hanya 5 kali sahaja dalam satu hari.'

Saya bingung, kenapa kita sudah mendoakan ibubapa sehari 5 kali, masih dikira sebagai anak durhaka? Saya balik lagi ke masjid tempat membeli buku tersebut bertanya kepada pengurus masjid bagaimana saya boleh menemui Syeikh yang menyampaikan tazkirah itu. Setelah mendapat nombor hpnya, saya hubunginya dan kami berjanji untuk bertemu di sebuah masjid lain yang kebetulan beliau sedang menyampaikan tazkirah juga.

Selesai tazkirah, saya bertemu dengan beliau, dan saya bertanya, kenapa seorang anak yang sudah mendoakan kedua ibubapanya 5 kali sehari; masih dikatakan anak yang durhaka?

Syeikh itu kemudian meminta saya untuk membacakan doa untuk kedua Ibubapa. Saya baca doa yang biasa saya baca setelah solat.

"Rabighfirli waliwali dayya"

"Stop!" kata si Syeikh.
"Ulangi lagi."

"Rabighfirli waliwali dayya"
"Stop! Ulangi lagi!"

"Rabighfirli waliwali dayya" 
"Stop! Ulangi lagi!"

Terus saya ulangi sampai sepuluh kali.

Kemudian Syeikh bertanya kepada saya, "Apakah kau letih?"
"Tidak, Syeikh!"
"Apakah kau sampai berpeluh?"
"Tidak, Syeikh!"
"Apakah kau sampai mengeluarkan wang ringgit membaca doa seperti yang kau baca tadi?"

Kembali, saya jawab tidak.. 

"Kau tidak perlu mengeluarkan wang, kau tidak perlu mengeluarkan keringat, kau tidak perlu mengeluarkan tenaga yang banyak hanya untuk membacakan doa keampunan bagi kedua ibubapamu." 

"Tapi, kenapa kau hanya berupaya meminta keampunan untuk ibubapamu sehari semalam cuma 5 kali sahaja?"

"Padahal sejak kau masih berada dalam perut ibumu, berapa banyak keringat yang sudah ibumu keluarkan, kerana beratnya menanggung kau yang berada di dalam perutnya?" 

"Betapa sakitnya ibumu saat melahirkan kau, berapa berat risiko yang ditanggung oleh ibumu bila kau dilahirkan. Betapa besar belanja yang sudah dikeluarkan oleh kedua ibubapamu untuk membesarkan kau?" 

"Dan sebagai balasannya, kau hanya mendoakan kedua ibubapamu cuma 5 kali dalam sehari semalam?"

"Padahal satu kali saat kau membacakan doa untuk kedua ibubapamu, Rabighfirli waliwali dayya, saat itu juga satu dosa dari ibunapamu dihapuskan ALLAH."

"Ada sebuah kisah, di mana seorang orang tua yang saat dia dikebumikan penuh dengan dosa, tiba-tiba saat orang tua tersebut sedang dalam kesusahan di alam kuburnya, ALLAH berikan keringanan dan ALLAH berikan kemuliaan."

"Sehingga ahli kubur lainnya bingung, kenapa dia diangkat darjat seperti itu?"

"Kemudian ada malaikat menjawab, "Ini berkat doa anak-anaknya.."

Masya Allah! 

Sekarang, apakah kita masih berat untuk membacakan doa untuk kedua ibubapa kita sehari lebih dari 50 kali?

FIKIR-FIKIRKAN LAH.......

۞ اَللهُمَّ صَلِ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

No comments:

Post a Comment