Petua Lembutkan Hati

Orang yang berada dalam keadaan koma masih mampu mendengar bisikan dan ucapan ucapan ke telinganya. Demikianlah juga orang yang sedang nyenyak tidur boleh dibisikkan sesuatu kerana dalam keadaan tidur tersebut deria pendengarannya berfungsi dengan baik di luar kesedarannya.

Menurut sesetengah pendapat, langkah untuk merawat hati yang keras sama ada anak, isteri ataupun suami adalah dengan membaca ayat 1 hingga 5 surah Taha (Surah ke 20). Kaedahnya ialah bacakan ayat tersebut sebanyak tiga kali dan dihembuskan ke hidung sama ada anak, isteri mahupun suami ketika sedang menarik nafas dalam tidurnya. Selepas itu bisikkanlah nasihat atau doa dan sebagainya. Lakukanlah amalan ini sehingga tujuh kali atau tujuh malam.

   Ayat inilah yang telah melembutkannya hati Sayyidina Umar al Khattab r.a yang keras dan bermusuhan dengan umat Islam semasa berada dalam keadaan jahiliah. Diceritakan pada suatu hari beliau mendapat berita mengenai adiknya telah memeluk Islam, lalu mencarinya.  Lantaran itu setelah ditemukan adiknya,  didapati sedang membaca surah dan berkebetulan dengan ayat tersebut. Diringkaskan cerita, setelah  dibacakan adiknya ayat tersebut dengan takdir Allah SWT, hatinya menjadi lembut dan terus mencari Rasulullah SAW untuk beriman kepada Allah SWT.

      Justeru adalah tidak mustahil dengan izin Allah SWT kita juga boleh berikhtiar dengan membacakan ayat ini seperti dengan cara yang diterangkan di atas mudah mudahan orang orang tersayang lembut hatinya dan mendengar nasihat demi kebaikan dirinya juga.

🌷 والله أعلم🌷

No comments:

Post a Comment