Pengajaran Dari Rompakan

Semasa rompakan di Guangzhou, China, seorang perompak bank menjerit kepada semua orang di dalam bank:

“Jangan bergerak. Wang ini milik negara. Nyawa anda milik anda sendiri.”


Semua orang di dalam bank pun berbaring diam.

Ini dipanggil “Konsep Mengubah Pemikiran” – Mengubah cara berfikir secara konvensional.


Ketika seorang wanita berbaring di atas meja dalam keadaan menggoda, perompak itu menegurnya:

“Tolong beradab! Ini rompakan, bukan rogol!”


Ini dipanggil “Bersikap Profesional” – Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk lakukan!


Setelah pulang ke rumah, perompak muda (yang berkelulusan MBA) berkata kepada perompak tua (yang hanya belajar hingga Darjah 6):

“Abang, mari kita kira berapa banyak yang kita dapat.”


Perompak tua itu membalas:

“Kamu memang bodoh. Duit sebanyak ini akan mengambil masa yang lama untuk dikira. Malam ini, berita di TV akan beritahu kita berapa banyak yang kita rompak!”


Ini dipanggil “Pengalaman” – Pada zaman sekarang, pengalaman lebih penting daripada kelayakan akademik!


Selepas perompak pergi, pengurus bank berkata kepada penyelia bank supaya segera menghubungi polis. Tetapi penyelia itu berkata:

“Tunggu! Mari kita ambil $10 juta dari bank untuk diri kita sendiri dan tambahkan kepada $70 juta yang telah kita songlap sebelum ini.”


Ini dipanggil “Mengikut Arus” – Menukar situasi yang tidak menguntungkan kepada kelebihan anda!


Penyelia itu berkata lagi:

“Bagus juga kalau ada rompakan setiap bulan.”


Ini dipanggil “Menghilangkan Kebosanan” – Kebahagiaan peribadi lebih penting daripada pekerjaan anda.


Keesokan harinya, berita di TV melaporkan bahawa $100 juta telah diambil dari bank. Para perompak mengira dan mengira, tetapi mereka hanya menemui $20 juta. Mereka sangat marah dan merungut:

“Kami mempertaruhkan nyawa tetapi hanya dapat $20 juta. Pengurus bank dengan mudahnya mengambil $80 juta dengan sekelip mata. Nampaknya lebih baik menjadi orang berpendidikan daripada menjadi pencuri!”


Ini dipanggil “Ilmu itu lebih bernilai daripada emas!”


Pengurus bank tersenyum gembira kerana kerugiannya di pasaran saham kini telah ditampung oleh rompakan ini.


Ini dipanggil “Merebut Peluang” – Berani mengambil risiko!


Jadi, siapa sebenarnya perompak di sini?

From Blogger iPhone client

No comments:

Post a Comment