Kisah Burung Gagak

Ustaz aku cite tentang burung gagak bertelur. Bila telur-telur dia menetas, dan anok-anok dia keluar, burung gagak akan kecewa kerana anok-anok dia semua bewarna putih sebab belum tumbuh bulu. Jadi mak gagak pon lari meninggalkan anok-anok dia. Pada masa tu, anok-anok dia akan menangis kelaparan sebab takdok orang nok jaga dan beri makanan kepada dia. Tapi ALLAH s.w.t. itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. ALLAH tidak mencipta makhluknya dengan sia-sia.



Apabila anok-anok burung gagak tadi menangis dan mengalirkan cecair drpd mata mereka, cecair tersebut akan bertindak sebagai sumber makanan kpd mereka. Disamping cecair tersebut mempunyai sumber protein, ia juga akan memerangkap serangga2 halus melekat padanya dan kemudian meleleh masuk ke dalam mulut anok-anok burung gagak. Maha Suci ALLAH yang Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang kepada semua makhluknya. Anok-anok burung gagok tadi akan survive dengan kuasa ALLAH itu sehinggalah bulu dia tumbuh dan kemudian ibunya akan kembali menjaganya selepas beberapa hari. Ini semua adalah di bawah kuasa ALLAH s.w.t.

Betullah kata pepatah, sedangkan cacing di celah batu pun ALLAH sediakan rezeki. Berjuta-juta ikan di lautan, sape yang menguruskan rezeki mereka? Rezeki adalah urusan ALLAH. Janganla kita risau tentang rezeki. Sikit ataupun banyak, itulah rezeki yang ALLAH tetapkan kepada kita. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menguruskannya dengan sempurna. Ada orang byk rezeki dia tapi dok cukup sokmo. Ada orang sikit rezeki dia tetapi mencukupi untuk dia hidup dengan selesa dan tawadduk kerana keberkatan daripada ALLAH. Janganlah sampai rezeki menjauhkan kita daripada ALLAH. Gunakanlah rezeki untuk memudahkan kita mendekatkan diri kepada ALLAH.

Jadikanlah sembahyang kita, ibadah kita, hidup kita dan mati kita hanya kerana ALLAH s.w.t.

[ballighuni walau ayah]

No comments:

Post a Comment