Satu hari ada seorang tukang tenun yang pelanggannya berasa tidak puas hati dengan hasil tenunannya, lalu tukang tenun itu menangis.
Kerana kasihan melihatnya, pelanggan itu berkata, “Berhentilah menangis, tak mengapa tenunan ini tak bagus, asalkan tuan boleh memperbaikinya semula.”
“Maaf, saya menangis bukan kerana kesilapan tenunan saya. Saya menangis kerana apa jadinya di akhirat nanti jika amal saya di dunia ini tidak diterima Allah SWT?
Saya sudah lama beribadah dengan taat, tapi bagaimana kalau ibadah saya ditolak oleh Allah SWT? Saya sudah 25 tahun menenun kain, tetapi ternyata masih ada pelanggan yang tidak puas hati dengan hasil tenunan saya. Bagaimana dengan amal ibadah saya selama ini di mata Allah SWT? Itu yang membuatkan saya menangis”.
Apa kita belajar daripada kisah ini? Bukan KUANTITI amal yang menjadi ukuran, tetapi KUALITI amalan. Itu yang pertama dan utama.
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. [QS Saad 38:29]
Jom sama-sama kita perbaiki kualiti berinteraksi dengan Al-Quran agar mendapat keberkatan daripada Allah SWT melalui dua jalan iaitu Tadabbur dan Tazakkur.
Kemahiran Tadabbur dan Tazakkur adalah proses yang boleh dipelajari secara berperingkat.
No comments:
Post a Comment