Pada suatu hari, seorang guru mengarahkan murid-muridnya:
"Esok saya mahu semua pelajar menyenaraikan orang yang dibenci, dan tulis nama setiap orang tersebut di sebiji kentang, dan bawa kentang-kentang itu ke sekolah".
Keesokannya, para pelajar membawa kentang-kentang tersebut seperti yang diarahkan. Ada yang membawa banyak kentang kerana ramai yang dibenci, ada yang membawa sedikit kentang kerana sedikit orang yang dibenci, malah ada yang tidak membawa kentang langsung. Pelajar yang membawa banyak kentang merasa berbangga, manakala pelajar yang tiada kentang merasa malu.
Kemudian guru tersebut terus memberi arahan:
"Sekarang, masukkan kentang-kentang kamu ke dalam plastik, dan gantung plastik itu di leher kamu. Kamu mesti menggantung plastik itu di leher kamu sepanjang persekolahan minggu ini!".
Maka pelajar pon mula menggantung plastik kentang di leher mereka. Lama-kelamaan, kentang terasa semakin berat, dan ada yang mula membusuk. Pelajar yang membawa banyak kentang mula mengadu kepada guru.
Lalu guru pon memberikan nasihat dan kesimpulan:
"Maka janganlah kamu membenci seseorang kerana ianya tidak memberikan apa-apa manafaat kepada kamu melainkan beban dan masalah. Belajar lah memaafkan, setiap manusia ada kelemahan, termasuk diri kita sendiri. Jika kita memaafkan semua orang, hidup kita akan lebih bahagia dan senang. Buangkan kentang itu jauh-jauh, dan maafkanlah nama-nama yang kamu tulis pada mereka."
No comments:
Post a Comment